Sunday, May 8, 2011

Hanya Untukmu


Kalam bismillah ku dahulukan,

Untukku mulai bicara ungkapan buatmu,

Yang sentiasa di hati,

Yang sentiasa di ingatan,

Alhamdulillah…

Biarpun jarak menjadi sempadan pemisah,

Antara dirimu dan diriku,

Allah masih mengikat hati kita sehingga hari ini.

Terima kasih…

Kerana mengajarkan aku cinta Allah,

Kerana sudi menjadi insan mulia di sampingku,

Kerana telah menjadikan diriku seperti hari ini,

Kerana sentiasa mendoakanku dunia akhirat,

Kerana sentiasa memberikan yang terbaik untukku,

Kerana sentiasa menjadi obor kehidupanku,

Kerana sentiasa memandu arus kehidupanku,

Buatmu…

Ibuku, Saurah bt Berhim,

Ku doakan dirimu agar sentiasa dalam rahmat Allah,

Juga sentiasa dalam redhaNya,

Moga dirimu hari ini, esok dan akhirat kelak,

Merupakan wanita solehah di dunia,

Jua wanita dambaan syurga di akhirat kelak.

Ku berjanji…

Ku akan jadi anak solehah yang mampu kau bawa doanya,

Di akhirat kelak.Amin.

Maafkan anakanda atas segala khilaf yang telah anakanda lakukan. Teruskan usaha mak untuk didik kami 6 beradik menjadi insan berguna dunia akhirat.“ Sesungguhnya redha Allah itu merupakan redha ibu bapa “


Sayang mak selalu,

Kak Long

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...