Wednesday, July 6, 2011

Kursus KELCHEFF Part 2 : Komunikasi


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua ^^,

Mulakan kebahagian hari ini dengan ucapan Alhamdulillah. Senyum. Cuba positifkan diri dan cuba bersabar jika ada masalah. InsyaAllah, bahagia selalu. Yang ada masalah tu, kalau tak menjadi, sebaiknya ambil wudu’ solat sunat dua rakaat, mengadulah dengan Allah. Terbukti jalan terbaik !

Bercakap tentang masalah, sudah tentu semua orang ada masalah. Tak kiralah masalah tersebut dalam kategori apa sekalipun contohnya dalam penjagaan kesihatan, self-confidence, softskills, tak tahu nak bahagikan masa lapang yang banyak terluang dan sebagainya. Kadang-kadang benda yang kecil pun kita pandang ianya sebagai masalah besar kerana kita lebih menuruti reaksi emosi tanpa mempedulikan akal untuk membuat sesuatu perkara. Jadi, langkah sepatutnya yang bagaimanakah sebaiknya yang kita perlu buat?

~ Allah menganugerahkan kita akal, janganlah biar sehingga ia di kawal nafsu ~

"Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang."-HAMKA

(Status Facebook 6 Julai 2011)

Dari dulu sampai sekarang, softskills merupakan kemahiran yang sangat penting. Masalahnya datang apabila seseorang individu itu tidak mengetahui kemahiran-kemahiran asas di dalamnya dan tidak cuba mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Sesi kedua kursus KELCHEFF yang dihadiri kebanyakannya merangkumi pembelajaran tentang psikologi perhubungan pelanggan atau cara kita berkomunikasi dengan betul mengikut budaya dan adat masing-masing.

Pelbagai ilmu berguna dapat dikutip. Kami banyak belajar tentang ilmu baru, terutamanya tentang cara untuk berkomunikasi dengan warga asing atau tetamu asing yang bakal datang ke KELCHEFF. Nak belajar juga? Mari saya kongsikan serba sedikit ^^

Mungkin kaedah-kaedah ini kita boleh juga menggunakannya apabila bertemu dengan pelancong asing. Sudah tentu kita sebagai seorang muslim perlu menunjukkan peradaban yang sebaiknya terutamanya kepada non-muslim. Siapa tahu, mereka akan tertarik dengan agama Islam nanti. Walau bagaimanapun, hidayah tetap milik Allah. Hanya setkan dalam minda kita, Islam is “happening” in everywhere.

  • Senyum
  • Menyapa dengan sopan
  • Menggunakan bahasa yang senang difahami
  • Memberikan personal space terutamanya kepada warganegara Britain, Jepun dan China.
  • Menyebut nama pelawat dengan betul.
  • Menghulurkan kad kepada pelawat dengan menggunakan kedua belah tangan dan menyimpan kad yang diberikan oleh pelawat selepas mereka memberikan kad kepada kita.
  • Menunjukkan arah menggunakan ibu jari
  • Bercakap dengan speed perlahan dan jelas.
  • Tidak membuat mimik muka sekiranya tidak faham bahasa pelawat.
  • Memperkenalkan diri dengan budaya berbeza.
  • Memanggil dengan nama panggilan yang betul seperti Datin dll.
  • Menjaga eye-contact.
  • Menerima undangan secara spontan.
  • Memulakan perbualan.
  • Komunikasi non-verbal.
  • Beretika ketika mengahadapi media.
  • Diam apabila pelanggan atau pelawat bercakap.
  • Apabila diajak berbincang, semua mesti terlibat.
  • Dan banyak lagi...

Keboringan yang menyapa kami sewaktu hari kedua kursus diselangi dengan persembahan nasyid oleh sukarelawan senior dengan dendangan lagu Nur Muhammad. Pembentangan tentang psikologi perhubungan pelanggan oleh En Husnal tidak berterusan tanpa henti. Ada masa kami dipecahkan kepada kumpulan supaya fikiran kami aktif berfikir dan sama-sama mempraktikkan apa yang dipelajari sebelum membuat persembahan di pentas Balai Islam.

Minit-minit terakhir kursus memaksa kami bergerak ke dalam portfolio masing-masing. Alhamdulillah diletakkan dalam portfolio Papa Romeo (Public relation). Harapan di hati wujud selepas balik daripada kursus, semoga tiada penyingkiran yang dilakukan. Berdebar hati sedikit sewaktu hari kedua ini dek kekhilafan diri. Moga Allah memberikan yang terbaik nanti.

i left this at home...huhu...


Antara portfolio sukarelawan yang lain adalah :


· Papa Tango - Penyambut tetamu

· Siera Delta – Pengurusan perkhidmatan layanan

· Papa Lima – Pengangkutan logistik

· Charlie Tango – Chinese volunteer

· Kilo Lima – Keselamatan & logistik

· Kilo-kilo – kebajikan & kesihatan


Moga visi dan misi tercapai, insyaAllah


Wassalam.


Jika Allah izinkan jodoh saya dengan KELCHEFF, ada lagi entri KELCHEFF Part 3. Saya minta dengan Allah dan doakan saya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...