Wednesday, February 1, 2012

Mimpi Seekor Nyamuk


Seekor nyamuk memberitahu sahabatnya, seekor belalang hijau : Belalang oh belalang, aku bermimpi semalam.”

“Kau mimpi apa?”

Selingan-selingan (^^)Y

Entomologi 1-Morfologi Nyamuk Aedes Aegypti


“Aku bermimpi aku hisap darah segar sampai kenyang. Seronok sangat.”

“Wah, itu mimpi yang hebat!”

“Ya dan aku sangat gembira.” Belalang melihat perut sang nyamuk, kempis.

Keesokan harinya, sang nyamuk bercerita lagi. “Aku bermimpi indah lagi semalam. Kali ini lebih hebat. Aku mimpi WHO (World Health Organisation) telah mengharamkan penggunaan jenis ubat nyamuk sebab ia membawa kesan yang tidak baik untuk kesihatan. Wah, seronoknya! Tak perlulah lagi aku terbang lintang pukang menyelamatkan diri setiap kali manusia guna ubat nyamuk.”

“Hah, hah, hah!” Macam-macam mimpi kau. Aku ni tidur mati tiap-tiap malam.” Sang nyamuk tergelak gembira dan menari-nari.

Hari yang berikutnya sang belalang hijau pula menegur sang nyamuk: “Engkau bermimpi indah lagi?” tersenyum memanjang.

Entomologi 2-Morfologi seekor belalang :)

“Tepat tekaan kau tu. Semalam aku bermimpi lagi hebat. Aku bermimpi nyamuk diiktiraf sebagai serangga yang dipelihara dan tidak boleh dibunuh. “Wah, indahnya hidup ni!”

Sang Belalang melihat lagi perut sang nyamuk. Makin kempis. Rupa-rupanyanya nyamuk masih tenggelam diulit mimpi.

p/s untuk diri & insan2 yang membaca :

Ramai manusia hanya bermimpi dan berkhayal, namun hakikatnya tidak pernah melakukan apa-apa. Jangan jadi Muslim yang menyangka mereka telah cukup beramal sehingga berangan-angan pasti mendiami syurga, sebaliknya imbangilah amalan yang dilakukan dengan campuran dua ramuan iaitu khauf (takut) dan roja (harap).

[dipetik dari Majalah Solusi Isu 38 – Angguk Geleng]

Wallahuallam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...