Thursday, July 5, 2012

Galas Ibu

Bismillahirrahmanirrahim

Rutin ibu, jam 4.30 pagi bangun membersihkan diri, wuduk diambil, telekung disarung, posisi diarah ke kiblat. Dari qiam, rukuk ke rukuk, sujud ke sujud. Sujud penuh doa. Hati seorang ibu takkan lupa mendoakan anak-anaknya, apalagi untuk suami si pendamping hidup. Untuk para mujahid dan orang-orang yang sentiasa lekat di hatinya dengan Islam juga tak pernah dilupa. Usai solat, dapur menjadi tumpuan. Persiapan sarapan untuk anak-anaknya untuk ke sekolah dan makanan berat berupa nasi untuk si ayah yang banyak menggunakan tenaga untuk bekerja. Ulang alik dari dapur ke bilik demi bilik mengejutkan si anak yang ingin ke sekolah dan si ayah yang perlu dikejut ke masjid. Semput mengejar waktu kala si anak lagaknya keras melayan mimpi dalam tidur. Sabarnya menjadi kekuatan.

Waktu sarapan, si ibu menjamah sarapan bersama-sama dengan karenah anak-anak yang pelbagai. Ada yang suka minum susu, ada yang suka minum teh, tak suka makan mee dan lain-lain. Kehendak anak di awal pagi lagi perlu ditunaikan agar anak mengambil sarapan. Tangan ibu dicium, memohon restu pergi menuntut ilmu. Ibu dapat rehat seketika sebelum ada orang datang mengaji Al-Quran dengannya di rumah. Dia mengajar mengaji Al-Quran pagi, petang dan malam. Jika hari yang tiada usrah, ibu mendahulukan tugasnya mengemas rumah, menyapu lantai, membasuh baju, menjemur baju, melipat kain, memikirkan lauk masakan dan memasak untuk makan di tengah hari pula. Jika ada yang membantu, Alhamdulillah si ibu kelegaan. Bahagia hatinya. Dhuha saluran memohon keindahan dan rezeki dalam hidup turut menjadi rutin. Tak lupa pembacaan kitab untuk usrah dan sebagai pencetus mentarbiah keluarga. Moga Allah permudahkan urusan hidupnya sekeluarga, moga anak-anaknya soleh dan solehah dan moga jannah menjadi tempat tinggal di akhirat….

Perit ibu, tiada siapa yang dapat rasakan. Dia penat, dia tidak pernah mengeluh. Dia terluka, Allah yang maha mengetahui. Sabar menjadi pencetus. Persiapan makan tengahari, makan malam…menyambut kepulangan anak-anak dan suami, melayan mereka, itu keperluan fizikal…keperluan rohani juga WAJIB diberikan, mendidik, mentarbiah, jika kita melayan penat…melayan hati..bolehkah kita jadi begitu???

Bila ibu tiada di sisi, si anak perlu menggalas tanggungjawab ibu. Bila mengejutkan adik yang paling bongsu, yang paling cerdik…”adik, bangun dik, dah pukul 6 pagi”. Si adik menangis lantas si kakak kehairanan, ingatkan dia rindukan ibu. Kenapa menangis? “adik dah kata, kejut adik pukul 5 pagi, adik nak pergi sekolah jam 6.30 pagi !!!”. Allahuakbar…si kakak bangun awal pagi tadi, tapi bangun melakukan keperluan sendiri, tidak tahu adik ingin bangun jam 5 pagi. Pujukan bertalu menyuruhnya bangun. Tualanya, hilang pula. Hmm, aksinya mencebik, mata bulat menjeling. Si kakak sudah mula hilang sabar…istighfar2x..

“Gosok baju adik, adik nak mandi !!!”

“Ok dik” si kakak sulung berfikir seketika, “ni karenah seorang, yang lain belum kejut, belum berhadapan dengan situasi lain lagi, hmm..tugas seorang ibu”.

Baju adik harus digosok rapi, dia seorang yang kemas. Bila kakak masuk ke dapur, berteriak pula di hadapan kakaknya seorang lagi “kain baru kena pakai dengan baju baru, kenapa gosok baju ni?”.

“Hmm, penatnye kak long” hati kakak sulung mengeluh, nak tergelak pun ada. Inilah ragam manusia, plez, try not to be emotional ok! Emosi kadang-kadang membawa kepada tindakan yang salah. Sebab tu lah konsep think twice perlu diamalkan.

Dia bersiap menyikat rambut, memakai bedak, memakai tudung. Kemudian memandang jam dinding “kan adik dah kate, tak sempat siap 6.30 pagi, sape suruh tak kejut awal, adik nak gi bertugas ni !!!”…

“hmm, adik..adik”.

“banyok songeh la budok nie…isyk3”.

Senyum dalam perit. Tapi dalam diri seorang ibu besar harapannya. Biarlah dia sakit, asal anaknya bahagia. Dari kecil hinggalah sekarang, anak tetap di hati ibu.

…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Duhai anak, jagailah dia, ibu kita setulus hati, masa kecil mungkin kita tidak mengerti, tapi bila besar, tiba masa Allah beri kita pengalaman berhadapan dengan situasi parenting, kita perlu ingat kembali jasa-jasa mereka membesarkan kita. Doakan mereka bahagia dunia dan akhirat, biar hidup ataupun sudah kembali, moga kebahagiaan hakiki milik ratu hati bersama heronya.

Persediaan yang cukup diperlukan dari segi rohani dan fizikal bila seseorang itu ingin membabitkan dirinya dengan baitul muslim. Walaupun dulu kita pernah mengelak sekalipun, langkah perlu di atur... Blajo jangan tak blajo. Ingat tu 7 muratib amal ^^

individu muslim

baitul muslim

masyarakat muslim

kerajaan islam

daulah islam

empayar islam

ustaziyatul alam

Kena fikir rupanya…….


Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...