Saturday, December 4, 2010

Islam itu Kebahagiaan = )

mane imamah menghilang nie?


Bismillahirrahmanirrahim….

Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah menciptakan segenap isi alam ini dan tidak lupa juga selawat dan salam terhadap Nabi Muhammad SAW serta sahabat dan keluarga baginda….

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…:)

Masih lagi diberi kesempatan oleh Allah menari-narikan jari jemari ini dan mengerutkan kening sedikit untuk refresh back dan bakal sebentar lagi menekan butang publish to blog apa yang telah dikarang oleh insan bernama hamba di depan laptop ini….(cey, asifni, berbelit ayat sedikit ya …mencuba utk improve gaya penulisan..huhu)

Alhamdulillah sekali lagi, genaplah seminggu berada di rumah…rutin harian?hehe…bangun, makan yang sangat berselera dan mengikut masa tidak seperti di kampus, buat kerja rumah sikit-sikit (sikit2?hehe…masak sbg pelengkap masakan mak & nenek..kui3…alhamdulillah tolong juga), online…online…dan online, tidur satu kewajipan…Alhamdulillah tidak berlebihan, sekadar keperluan…sehingga hari ini baru merasai jiwa terisi sedikit…usrah di rumah untuk adik-adik sudah bermula!!! Bila mak kata tengahari tadi tak boleh lagi keluar pergi tukar periuk nasi sebab pukul 3 petang nanti ada usrah…”Huh?Ade usrah ke hari ni?Kak Long x prepare ape2 lagi”..Mak jawab “Baca je sirah Nabi tu”.Diam.Dalam hati, “baca sirah nabi?penyampai kena baca dan hayati dulu barulah boleh menusuk jiwa”.Tiba-tiba teringat koleksi modul permainan yang dikirim sahabat seperjuangan.Biasanya budak-budak ni suka je benda-benda macam ni.Hehe…mencari modul yg boleh mjana pemikiran si kakak dan si adik…

Dapat!!!

Modul : Menerapkan konsep islamik dalam rancangan televisyen

Hari ni adik-adik yang datang hanyalah 16 orang dari kebiasaannya 21 orang…Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan..masing-masing ada yg mendapat tajuk drama, rancangan memasak, iklan dan rancangan realiti gameshow.Walaupun pada mulanya diorang tidak faham dgn apa yang dikehendaki, setelah diterangkan dan saling bertukar pendapat, Alhamdulillah…success…even not the best…but, they had tried and syukr ilallah…they understand and got it…J

Usai berbincang, mereka membentangkan hasil yang diperoleh. (secara ringkas)

Rancangan Drama

  • Drama tersebut haruslah berlandaskan syariat islam, spt mjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  • Menunjukkan nilai-nilai murni
  • Menjaga adab dan akhlak
  • Wajib memberikan kesan yang baik terhadap penonton. (Drama tersebut bukan hanya berkisar cinta anak muda)
  • Menyiarkan drama ketuhanan, tiada unsur syirik kurafat dan sebagainya.

Rancangan Memasak

(lakonan rancangan memasak)

  • Setiap pergerakan dimulakan dengan basmalah
  • Makanan atau bahan yang dibeli dan dimasak haruslah dipastikan dari sumber halal (halal merujuk kepada bersih, dijamin kualiti, berkhasiat dan seangkatan dengannya)
  • Peralatan yang digunakan juga haruslah bersih
  • Tempat memasak juga harus bersih
  • Semua wajib bersih dan bersih kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman :)

Iklan

  • Wanita adalah dugaan dunia.Tidak wajib menggunakan wanita untuk mengiklankan sesuatu barangan.kan kan?
  • Jika tidak pun, wanita wajib menutup aurat.
  • Iklan yang disiarkan mematuhi hukum syarak.
  • Iklan berfaedah

Rancangan Realiti Gameshow

  • Tiada tarian, pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
  • Pakaian menutup aurat.
  • Menggunakan soalan-soalan yang bermanfaat contohnya bg gameshow yang melibatkan pengutaraan soalan, menggunakan soalan-soalan yang berusurkan islam.Contohnya soalan asas fardu ain, fardu kifayah dan lain-lain.

Memang bagus kan idea diorang?

Sememangnya islam sudah menganjurkan yang terbaik untuk kita, dengan kata lain Islam menggariskan sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Contohnya, pergaulan bebas…ada apa dengan pergaulan bebas?Salahkah bergaul?Bukankah menyambung silaturrahim itu besar pahalanya?Ya semestinya tidak salah!!!Kondisi sebenarnya begini, cuba bayangkan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak ubah sebiji dengan makhluk-makhluk di barat, keadaan yang tidak menurut apa yg dianjurkan islam bukan?Berapa ramai yang melahirkan anak luar nikah.Tidak cukup untuk melahirkan anak free, dibuangnya pula.Astaghfirullahalazim.Kasihan si anak yang tak berdosa.Sampai menyusahkan orang lain untuk menjaga dan memelihara si anak.Lagi, anak itu mahu di binkan kepada siapa jika ayahnya tidak mahu?Si anak menanggung malu kedua ibu bapa mereka bila dewasa.Sudah tentu si anak menerima tohmahan dan cercaan di kemudian hari.Banyak lagi masalah yang akan timbul.Konkusinya, Islam adalah yang terbaik.Tiada yang lebih baik untuk kita selainnya dalam menjalani hidup ini seperti,

Firman Allah :

“Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah adalah Islam"

(Surah Al-Imran, ayat 19)

Wallahuallam.

Tuesday, November 30, 2010

Let's Wake Up From Our Dream Fwen!!!

Assalamualaikum pemula bicara..... :)

Dah lama rasenye tak bangun tahajud. Macam ni la kan kita hidup sebagai manusia, perlukan tuhan hny bila rasa diri di uji, bila jiwa tak tentu arah, bila down and keadaan2 yang seangkatan dengannya. Kita lupa dari mana datangnya kita, kita jg alpa bermacam-macam nikmat dan kurniaan yang telah Allah berikan untuk kita. Ape kate, mulai esok, kita mula bangun utk bmunajat kepada Sang Pencipta???

Caranya utk bgun awal @ bgun slps tidur mudah sje dey…

1.Istiqamah dengan membaca 3 ayat yang akhir dari surah al Kahfi (107-110) sebelum tidur

2.Jangan membuat dosa atau bercakap sia-sia yakni selalu rasa takut kepada Allah

3.Hendaklah tahu kelebihan tahajud supaya rasa ghairah untuk beramal

4.Sunat tidur sebelum zohor dengan niat untuk bangun tahajud (qailullah)

5.Jangan makan terlalu kenyang

6.Niat untuk bangun tahajud sebelum tidur.

Boley juga pakai care nie….

  • Kunci alarm phone pastu korang tulis dkt note dkt screen hp “aku nak syurga!!!” @ “bnyk dosa nie…cuci2” & bla2…nanti ltk hp tepi telinga sblum tdo…^_^
  • Kunci jam loceng yg kuat bunyinya, ltk jauh sket…supaya rse bising & bgun…tp jgn la pulak orang len yg tutup @ diri sndr bgun kemudian smbung tdo balik…
  • Tido la awl sket :)
  • Bagi yang tinggal kt hostel, suruh la shbt miskol jk dia bgun awal, klu d rumah, suruh la mak yg kejutkan (bagi tarik telinga sket…hehe)

Tak rugi pun kan kalau kita bangun selepas kita tidur seketika… antara kelebihan tahajud ialah :

Sekiranya melakukan secara istiqamah @ berterusan kita akan mendapat,

1. Dapat lidah yang hikmah

2. Diangkat kedarjat wali

3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut


Ade lg taw,

  • Doa-doa akan diperkenankan
  • 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
  • Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
  • Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
  • Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
  • Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa dll..

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:


· Jauh dari segala penyakit

· Lahir kesan takwa pada wajahnya

· Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

· Percakapannya mengandungi hikmat

· Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

· Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

· Dipermudahkan hisab

· Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

· Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Nabi SAW bersabda :

“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Waktu paling utama solat tahajud dilakukan ialah pd satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Firman Allah SWT:

“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)


Daripada Aisyah r.a., katanya, "Nabi s.a.w. itu berdiri untuk bersembahyang malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya: "Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" beliau s.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah saya ini seorang hamba yang banyak bersyukur."

(Muttafaqun alaih)

Wallahuallam.

Akhir kalam penyudah tulisan, jom kita renung2kan dan selamat beramal bak kte Prof Izi !!! :)


(Entri kedua selepas entri Aku Ternoktah, sempena cuti semester 3..hehe...kberjayaan menulis d waktu senggang...sgtla hepi...alhamdulillah)

Monday, November 29, 2010

Aku Ternoktah




Kalam persoalan datang tanpa dijemput,


Namunku tidak jelas persoalan itu dari siapa,


Aku tidak terus menjawab,


Kerana hatiku gusar,


Jiwaku resah.


Aku ternoktah.


~Asifni Jiddan~


Tiada jawapan yang ku beri,


Bukan tidak mahu menjawab,


Cuma bimbang implikasi besar timbul,


Kerana ku menyimpan harapan,


Harapan yang masih samar-samar,


Harapan yang selalu mengganggu,


Harapan yang dulunya tak kuhiraukan,


Kini selalu menghantui,


Bagaikan Allah sudah menyimpulkan, wallahuallam.


Kadang-kadang terlintas,


Salahkah mengharap?


Aku ternoktah.


Sehingga terdetik di benakku,


Bagus bahawa kumendiamkan diri.


Aku ternoktah.


Lagi besar cita-citaku,


Membuatkan aku membiarkan tanda tanya itu,


Banyak lagi yang perlu aku langsaikan,


Bukan hanya untuk diriku,


Untuk semua,


Allah.Rasul.Bonda.Ayahanda.Adik-adik.


Dan masih belajar untuk…


Masyarakat, bangsa dan negara,


Salahkah aku?


Aku ternoktah.


Ku harap padaMu Ya Ilahi,


Berikan jalan dan pilihan terbaik dalam hidupku,


Tidak kiralah penyelesaian apa sekalipun,


Supaya kudapat memilih yang terbaik & memperoleh RedhaMu,


Dan supaya aku tidak lagi ternoktah...


Amin ya Rabbal alamin J




Friday, November 26, 2010

10 Muwassofat Tarbiyah

Tuesday, October 19, 2010

Membangun Bersama Islam, Diri Menerajui Perubahan

Assalamualaikum…Salam mardhatillah…Salam ukhuwwah fillah…& Salam mujahadah…J

(Entri yang dformulasikan untuk dipost…<dah bkurun dah simpan ni>) >_*

Entri sekembalinya di Bumi Menuntut Ilmu. Hanya mahu ringkas sahaja kali ini.

:: Alkisah balik cuti raya ::

1.Familiku jantung hatiku


Tiada ungkapan lain yg boleh diucapkan bila bersama famili. J. Gembira. Suka. Hepi. Sengeh …. Emm … beautiful in da reality with all of u…

Mak-terima kasih jadi the best mum in da world.wpun kdg2 kak long tahu mak terasa ngan kak long, tapi mak tetap bagi yg terbaik. Usaha cari jg sampai apa yang kak long nak. Selalu nasihat kak long time kak long down. Yang paling buat kak long saaaaaaaaaaayang mak, terima kasih kerana selalu doakan kak long jadi hebat dalam daie dan hebat dalam bidang professional. Kak long tahan sebak d airport hari tu, sebab kak long fikir, APE YANG DAH AKU BUAT UNTUK MAK SELAMA AKU HIDUP???...muhasabah diri…kalau tak lakukan sekarang, bila lagi? Jangan sampai ianya jadi hanya sekadar sebuah Lafaz Yang Tersimpan!!!

Ayah-Diam tak bererti bisu.Bukan juga kerana dirimu kelu.Tapi sekali perkataanmu keluar akan membuatkan kami diam.Itulah kuasamu. Terima kasih buat dirimu.Kak long nampak, ayah tak seceria dulu.Kak long tahu ayah penat.Penat kerana kami.Penat kerana penyakit itu.Penat kerana memenuhi kehendak kami.Menyempurnakan tanggungjawabmu. Moga ayah cepat sembuh dan Allah memberkatimu serta membantumu menjadi pemimpin yang hak buat kami .Allah tahu keikhlasanmu duhai heroku…J

Adik2-Ammar:tenkiu ingat bestday kak long.terharu Ooo.disambut time raye kedua sebab mung…:P…nampak sudah peningkatan diri, mantapkan hati, berilah hati kita untuk Allah. Amilin,Nusaibah,Baihaqi,Balqis: Jadilah dirimu keranaNya.Kita sekarang mencari jalan menujunya…peace… ;)

2.Sahabatku Fillah

Khamis,16 SEPTEMBER 2010. Kg kraftangan.Sahabat Maahadians.


Tidakku sangka.

Dulu, kini dan selamanya.

Kita masih begini.

Masih boleh memegang tangan bersama.

Mengukir senyuman yang masih spt dulu, tiada berbeza.

Sahabat,

Kita tahu bahawa

Hati kita masih bertaut keranaNya.

Syukran padaMu Ya Allah, Kau masih satukan hati-hati kami

dengan tali kasih sayangMu,

Duhai sahabat,

Kita di sini bukan sahaja untuk bersuka-suka.

Tapi bertemu untuk menyambung tali yang direnggangkan jarak dan masa.

Kerana kita sekarang punya hala berbeza.

Tapi insyaAllah, semoga perjuangan kita sama.

Menuju dan menggapai Mardhotillah, InsyaAllah. J



Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.





Bermula dengan azam baru setelah balik dari beraya sakan dgn family terchenta.


meninggalkan semua yg disayangi di sini, berhadapan dengan sgala tribulasi mendatang, & WAJIB utk :
1.lebih dkt dgnNya
2.lebih fokus
3.lebih rajin
4.lebih b'semangat
5.lebih kuat n kurangkan airmata (xboleh fragile ade org tu ckp)~
6.lebih berdisiplin
7.lebih menerima seadanya
8.dan lebih sgl2nye yg b'sifat positif,,, diri WAJIB menerajui perubahan... =)


dan SEKARANG……

wajib diriku dan dirimu sahabat, mari kita siapkan peralatan kita untuk "berperang" di perang FINAL…tanpa meninggalkan wajibat kita…


~moga diri kita istiqamah krnNya selalu…amin~







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...