Tuesday, September 25, 2012

Kelas Padang Bola


Bismillahirrahmanirrahim.


Kelas menjadi sebuah padang bola. Murid-murid lelaki enjoy bermain. Murid-murid perempuan tekun belajar. Namun, ada dua tiga orang murid perempuan yang kumat kamit mulut mereka seronok bercerita tidak berhenti.

Bising tak tahu nak kata apa.

Semalam acara selingan di kelas ialah acara terbang. Ingin jadi superman kata mereka.

“Duduk diam semua !” cikgu memberi arahan kepada murid-murid.


mari mengepung dunia dengan kebaikan !!!



Tiba-tiba sebiji bola melayang dan betul-betul mensasarkan kepala cikgu. “Pap!”

“Aduh !” cikgu mengaduh kemudian amarahnya tercetus  “Siapa tendang bola?”

“Hakimi cikgu” semua murid lelaki menuding jari ke arah Hakimi. Lagaknya semua terdiam melihat cikgu kelihatan bertegas ketika itu.  Hakimi menyelit di tepi dinding kemudian duduk perlahan-lahan. Guru itu tahu dia malu kerana dimarahi dan berbuat begitu. Si guru diam sebentar menarik nafas supaya amarahnya tidak melarat.

“Ok, sape rase dia good boy or good girl, mari duduk diam-diam atas kerusi masing-masing” si guru cuba berdiplomasi.

Semua meluru menuju ke kerusi. Bahagia si guru. Pengajian qiraati dan jawi one-by-one murid lancar.
Dua minit selepas itu, keadaan kembali seperti sediakala. Oh tidak !

“Hmm, lantak la korang, janji dah baca” getus hati guru, geram sedikit di hatinya.

Sabar itu indah ok. Put your sincerity near to your heart. Budak-budak, biasalah. Kita pun lagi nakal, mana kita tahu? J

Sampai patah tanganmu ;)


*********************************************************************************

Sambil naik motor pulang

Merentas pemandangan sawah yang indah,

Melayang di fikiran…

Soalnya tarbiah.

Memang susah kan?

Walaupun dulu pernah buat-buat faham.

Walaupun tak nak,

Tapi buat-buat nak.

Tapi bila kita dah laluinya,

Kita akan faham.

Kita perlu dan WAJIB laluinya tak kira mudah atau susah.

Kenapa?

Kerana…

Pahitnya setiap cabaran itu,

Di akhirnya pasti ada kemanisan.

Allah janjikan syurga untuk orang-orang yang ikhlas!

Mari berusaha bersungguh-sungguh sampai mati!


Wassalam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...