Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, dengan izin
Allah, sampai jua ke bumi Penang. Hampir sebulan sudah bertapa di sini. Allah
mudahkan perjalanan, tempat tinggal, makan minum dan cukup keperluan. Nikmat
sempurna Allah beri.
Ya Ghoni Ya Mughni.
Tadbir Allah jua meletakkan
diri di tempat terbaik buat diri, ISDEV. Centre of biah solehah J Alhamdulillah,
nampak cantik jalannya. Dari bumi subur MMP, tempat mengenal tarbiyyah, namun selepas
itu diri pula tersilap langkah setahun. Perit. Terkapai-kapai dan dahaga pula selama
3 tahun. Namun, keadaan itulah yang Allah takdirkan diri membuat pilihan hari
ini.
Alhamdulillah.
Kini, Allah buka jalan. Pesan pada diri, tarbiyah itu selalunya pedih. Manisnya
datang jika ada perlayaran iman yang sahih.
“Dalam
jauh perjalanan Allah amanahkan sebuah perjuangan,
Terimalah
dengan kekuatan,
Kadang ada dugaan yang mendatang,
Kadang ada teman tak sehaluan,
Kadang ada kejayaan gagal dicapai,
Namun
itulah ujian dalam mencari IMAN.
Moga
jelas FIKRAH di jiwa dalam PERJUANGAN ISLAM tercinta
Untuk merebut
REDHA ALLAH jua...
Semoga Allah
sentiasa memandu hatimu dan melapangkan hatimu jua”