Bismillahirrahmanirrahim
Al-kisah pulang dari majlis ilmu. Si Kakak, adik dan
emak. Mereka rempit dengan motosikal
yang berasingan. Mak meluncur di depan. Si 9 tahun Balqis membonceng bersama
kakaknya. Si kakak dapat merasakan si adik riang ria ketika itu. “Mungkin
terkena angin bahagia sawah padi budak ni “ agak si kakak.
Tiba-tiba si adik berkata-kata “Kak Long, adik rasa
syukur sangat hari ni” si kakak dapat membayangkan muka adik yang seronok
walaupun si adik membonceng di belakang.
“Kenapa?” Tanya kakak.
“Emm. Tadi masa dekat masjid, adik lapar kan. Pastu
Kak long bg rm5 dekat adik suruh adik duk diam” si adik memulakan bicara. “Selepas
habis majlis, kan adik cakap adik nak letak rm5 dalam tabung masjid. Sebab,
mase tu adik dah kenyang makan mihun. Adik tak sangka Allah balas kejap je
sedekah adik. Alhamdulillah gembiranya adik!!!”
Adik menyambung cerita “Sebelum balik Mak cik Pah bagi
kat adik rm2, pastu nenek comel tu bagi
rm3 kat adik. Adik dapat rm5 balik!!! Bahkan Allah bagi lebih lagi, Pak Him bagi
air kotak anggur kat adik. Alhamdulillah….”
“Aah la…” kata si kakak sambil tersenyum, lantas berfikir dan berkata dalam hati “hmm, tak selalu pernah terfikir nak sedekahkan apa yang kita ada padahal
apa yang kita ada tu kadang-kadang sudah melebihi apa yang kita perlukan.
Moral : Ayuh, tingkatkan amalan sedekah. Tak kira
sedekah tu dari segi wang ringgit, tenaga, idea dan lain-lain. Lebih-lebih lagi
jika sedekah itu diniatkan untuk membantu dalam kebangkitan Islam, sudah pasti
Allah SWT akan memberikan pahala setimpal kepada orang-orang yang bersedekah. Yang
pentingnya, sedekah mesti ikhlas kerana…….Allah.
Senyum pun sedekah taw!!!
Wallahua’llam.