Saturday, February 2, 2013

Sedekah Balqis


                                                               Bismillahirrahmanirrahim


Al-kisah pulang dari majlis ilmu. Si Kakak, adik dan emak.  Mereka rempit dengan motosikal yang berasingan. Mak meluncur di depan. Si 9 tahun Balqis membonceng bersama kakaknya. Si kakak dapat merasakan si adik riang ria ketika itu. “Mungkin terkena angin bahagia sawah padi budak ni “ agak si kakak.

Tiba-tiba si adik berkata-kata “Kak Long, adik rasa syukur sangat hari ni” si kakak dapat membayangkan muka adik yang seronok walaupun si adik membonceng di belakang.

“Kenapa?” Tanya kakak.

“Emm. Tadi masa dekat masjid, adik lapar kan. Pastu Kak long bg rm5 dekat adik suruh adik duk diam” si adik memulakan bicara. “Selepas habis majlis, kan adik cakap adik nak letak rm5 dalam tabung masjid. Sebab, mase tu adik dah kenyang makan mihun. Adik tak sangka Allah balas kejap je sedekah adik. Alhamdulillah gembiranya adik!!!”

Adik menyambung cerita “Sebelum balik Mak cik Pah bagi kat adik rm2,  pastu nenek comel tu bagi rm3 kat adik. Adik dapat rm5 balik!!! Bahkan Allah bagi lebih lagi, Pak Him bagi air kotak anggur kat adik. Alhamdulillah….”

“Aah la…” kata si kakak sambil tersenyum, lantas berfikir dan berkata dalam hati “hmm, tak selalu pernah terfikir nak sedekahkan apa yang kita ada padahal apa yang kita ada tu kadang-kadang sudah melebihi apa yang kita perlukan.

Moral : Ayuh, tingkatkan amalan sedekah. Tak kira sedekah tu dari segi wang ringgit, tenaga, idea dan lain-lain. Lebih-lebih lagi jika sedekah itu diniatkan untuk membantu dalam kebangkitan Islam, sudah pasti Allah SWT akan memberikan pahala setimpal kepada orang-orang yang bersedekah. Yang pentingnya, sedekah mesti ikhlas kerana…….Allah.

Senyum pun sedekah taw!!!


Wallahua’llam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...