Bekeng sinonimnya garang, marah.
Adakalanya kita terlajak, bertindak melangkaui emosi,
hilang kawalan…
Hanya mulanya baraan dalam hati..
lantas, perangai mendekat seperti syaitan,
nauzubillah.
Baginda Nabi Muhammad SAW tidak begitu :)
” La taghdob
La taghdob
La taghdob ”
Baginda SAW mengulang’nya’ 3 kali tanda penegasan.
Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa
seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda
menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah
s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas
baginda mengulang juga jawapan yang sama. (no 6116). Di dalam riwayat Imam
Tarmizi, lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan
janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”.(no 1943) Lantas baginda
menjawab “Jangan marah”.
~~~
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda: ”
Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain,
sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika
marah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Orang yang jiwanya bersih tidak akan marah melulu
kecuali kepada kemungkaran.
Gunakan akal pertimbangan dengan sebaiknya.