Sunday, June 30, 2013

Bekeng



Bekeng sinonimnya garang, marah.
Adakalanya kita terlajak,  bertindak melangkaui emosi, hilang kawalan…
Hanya mulanya baraan dalam hati..
lantas, perangai mendekat seperti syaitan,
nauzubillah.
Baginda Nabi Muhammad SAW tidak begitu :)

” La taghdob
La taghdob
La taghdob ”

Baginda SAW mengulang’nya’ 3 kali tanda penegasan.

Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama. (no 6116). Di dalam riwayat Imam Tarmizi, lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”.(no 1943) Lantas baginda menjawab “Jangan marah”.

~~~

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda: ” Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Orang yang jiwanya bersih tidak akan marah melulu kecuali kepada kemungkaran.

Gunakan akal pertimbangan dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...