Kalam persoalan datang tanpa dijemput,
Namunku tidak jelas persoalan itu dari siapa,
Aku tidak terus menjawab,
Kerana hatiku gusar,
Jiwaku resah.
Aku ternoktah.
~Asifni Jiddan~
Tiada jawapan yang ku beri,
Bukan tidak mahu menjawab,
Cuma bimbang implikasi besar timbul,
Kerana ku menyimpan harapan,
Harapan yang masih samar-samar,
Harapan yang selalu mengganggu,
Harapan yang dulunya tak kuhiraukan,
Kini selalu menghantui,
Bagaikan Allah sudah menyimpulkan, wallahuallam.
Kadang-kadang terlintas,
Salahkah mengharap?
Aku ternoktah.
Sehingga terdetik di benakku,
Bagus bahawa kumendiamkan diri.
Aku ternoktah.
Lagi besar cita-citaku,
Membuatkan aku membiarkan tanda tanya itu,
Banyak lagi yang perlu aku langsaikan,
Bukan hanya untuk diriku,
Untuk semua,
Allah.Rasul.Bonda.Ayahanda.Adik-adik.
Dan masih belajar untuk…
Masyarakat, bangsa dan negara,
Salahkah aku?
Aku ternoktah.
Ku harap padaMu Ya Ilahi,
Berikan jalan dan pilihan terbaik dalam hidupku,
Tidak kiralah penyelesaian apa sekalipun,
Supaya kudapat memilih yang terbaik & memperoleh RedhaMu,
Dan supaya aku tidak lagi ternoktah...
Amin ya Rabbal alamin J
No comments:
Post a Comment