Tuesday, November 30, 2010

Let's Wake Up From Our Dream Fwen!!!

Assalamualaikum pemula bicara..... :)

Dah lama rasenye tak bangun tahajud. Macam ni la kan kita hidup sebagai manusia, perlukan tuhan hny bila rasa diri di uji, bila jiwa tak tentu arah, bila down and keadaan2 yang seangkatan dengannya. Kita lupa dari mana datangnya kita, kita jg alpa bermacam-macam nikmat dan kurniaan yang telah Allah berikan untuk kita. Ape kate, mulai esok, kita mula bangun utk bmunajat kepada Sang Pencipta???

Caranya utk bgun awal @ bgun slps tidur mudah sje dey…

1.Istiqamah dengan membaca 3 ayat yang akhir dari surah al Kahfi (107-110) sebelum tidur

2.Jangan membuat dosa atau bercakap sia-sia yakni selalu rasa takut kepada Allah

3.Hendaklah tahu kelebihan tahajud supaya rasa ghairah untuk beramal

4.Sunat tidur sebelum zohor dengan niat untuk bangun tahajud (qailullah)

5.Jangan makan terlalu kenyang

6.Niat untuk bangun tahajud sebelum tidur.

Boley juga pakai care nie….

  • Kunci alarm phone pastu korang tulis dkt note dkt screen hp “aku nak syurga!!!” @ “bnyk dosa nie…cuci2” & bla2…nanti ltk hp tepi telinga sblum tdo…^_^
  • Kunci jam loceng yg kuat bunyinya, ltk jauh sket…supaya rse bising & bgun…tp jgn la pulak orang len yg tutup @ diri sndr bgun kemudian smbung tdo balik…
  • Tido la awl sket :)
  • Bagi yang tinggal kt hostel, suruh la shbt miskol jk dia bgun awal, klu d rumah, suruh la mak yg kejutkan (bagi tarik telinga sket…hehe)

Tak rugi pun kan kalau kita bangun selepas kita tidur seketika… antara kelebihan tahajud ialah :

Sekiranya melakukan secara istiqamah @ berterusan kita akan mendapat,

1. Dapat lidah yang hikmah

2. Diangkat kedarjat wali

3. Lepas dari kesakitan ketika sakaratul maut


Ade lg taw,

  • Doa-doa akan diperkenankan
  • 2 rakaat tahajud lebih baik dari dunia dan seisinya
  • Allah akan menunjukkan mahligai disyurga semasa sakaratul maut mendapat lampu atau cahaya dalam kubur
  • Dapat naik kuda emas bagi suami isteri yang saling membangunkan antara satu sama lain untuk tahajud
  • Jika kita selalu panggil orang ke masjid maka diwaktu malam Allah akan panggil kita untuk tahajud
  • Mendekatkan kita dengan Allah dan menjauhkan kita daripada membuat dosa dll..

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:


· Jauh dari segala penyakit

· Lahir kesan takwa pada wajahnya

· Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

· Percakapannya mengandungi hikmat

· Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

· Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

· Dipermudahkan hisab

· Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

· Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Nabi SAW bersabda :

“Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Waktu paling utama solat tahajud dilakukan ialah pd satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.

Firman Allah SWT:

“Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)


Daripada Aisyah r.a., katanya, "Nabi s.a.w. itu berdiri untuk bersembahyang malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya: "Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" beliau s.a.w. lalu bersabda: "Tidakkah saya ini seorang hamba yang banyak bersyukur."

(Muttafaqun alaih)

Wallahuallam.

Akhir kalam penyudah tulisan, jom kita renung2kan dan selamat beramal bak kte Prof Izi !!! :)


(Entri kedua selepas entri Aku Ternoktah, sempena cuti semester 3..hehe...kberjayaan menulis d waktu senggang...sgtla hepi...alhamdulillah)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...