Tubuh kerdil ini
Dalam sangkar hati
Meskipun kini disuluh mentari
Namun keindahan sejauh mata memandang
Sedihnya rasa
Jiwa dan lara
Aku dipenjara dan terseksa
Malam hanya dibuai mimpi
Terbakar sudah semua impian
Hilang ke mana hidup merana
Di penjara sangkar hati
Resah gelora tanpa cinta
Cahaya bintang pun tiada erti
Sebatang kara tiada saudara
Mencari arah yang tiada tentu
Aduhai hidup tak berakhir
Sabar aku menanti janji
Biarpun segala terhimpit zahir
Kuterbangkan jua sangkar ini
Setitik embun membasahi
Aku dipenjara dan terseksa
Malam hanya dibuai mimpi
Terbakar sudah semua impian
Mencari arah yang pasti
Di penjara sangkar hati
Resah gelora tanpa cinta
Cahaya bintang pun tiada erti
Sebatang kara tiada saudara
Hidup dalam mimpi-mimpi
Doa kupohon pada-Mu Ilahi
Pasrahkan hati suratan takdir
Palestin kan kembali
Ya Allah Ya Ilahi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allahu Ya Allah
Ya Allah
Tuesday, August 16, 2011
Sangkar Hati
Monday, August 8, 2011
5 Bonus Khas Ramadhan
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :
BONUS 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah
BONUS 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
BONUS 3
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : “Hampir -hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu’. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
BONUS 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan
BONUS 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannnya)” . mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW : “ Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatul qadr?” Baginda menjawab : “Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya selesai menyempurnakan amalannya”. (Riwayat Ahmad)
Sumber dipetik dari Majalah Solusi ISU 34
Friday, August 5, 2011
Tips Khatam Al-Quran Sebulan Ramadhan
Bismillahirrahmanirrahim
Ingin kongsi. J Tips dikutip ilmu dari Majalah SOLUSI ISU 34. Halaman 30.
RUMUS :
30 JUZUK = 30 HARI
1 JUZUK = 1 HARI
Baca 4 halaman setiap kali selesai solat fardu;
Kita boleh khatam sekali dalam Ramadhan !
Justifikasi Pembacaan Al-Quran mengikut hari ^^
Hari Pertama
Surah Al-Fatihah 1-7
Surah Al-Baqarah 1-141
Hari ke-2
Surah Al-Baqarah 141-252
Hari ke-3
Surah Al-Baqarah 253-286
Surah Al-Imran 1-92
Hari ke-4
Surah Al-Imran 93-200
Surah An-Nisa’ 1-23
Hari ke-5
Surah An-Nisa’ 24-147
Hari ke-6
Surah An-Nisa’ 148-176
Surah Al-Maidah 1-81
Hari ke-7
Surah Al-Maidah 82-120
Surah Al-Ana’m 1-110
Hari ke-8
Surah Al-Ana’m 111-165
Surah Al-A’raf 1-87
Hari ke-9
Surah Al-A’raf 88-206
Surah Al-Anfal 1-40
Hari ke-10
Surah Al-Anfal 41-75
Surah Al-Taubah 1-92
Hari ke-11
Surah Al-Taubah 93-129
Surah Yunus 1-109
Hari ke-12
Surah Hud 1-123
Surah Yusuf 1-50
Hari ke-13
Surah Yusuf 51-111
Surah Al-Ra’d 1-43
Surah Ibrahim 1-52
Hari ke-14
Surah Al-Hijr 1-99
Surah An-Nahl 1-128
Hari ke-15
Surah Al-Isra’ 1-111
Surah Al-Kahfi 1-74
Hari ke-16
Surah Al-Kahfi 75-110
Surah Maryam 1-98
Surah Taha 1-135
Hari ke-17
Surah Al-Anbiya’ 1-112
Surah Al-Hajj 1-78
Hari ke-18
Surah Al-Mukminun 1-118
Surah An-Nur 1-64
Surah Al-Furqan 1-20
Hari ke-19
Surah Al-Furqan 21-77
Surah Al-Syu’ara 1-227
Surah Al-Naml 1-52
Hari ke-20
Surah Al-Naml 53-93
Surah Al-Qasas 1-88
Surah Al-Ankabut 1-45
Hari ke-21
Surah Al-Ankabut 46-69
Surah Al-Rum 1-60
Surah Luqman 1-34
Surah Al-Ahzab 1-30
Hari ke-22
Surah Al-Ahzab 31-73
Surah Saba’ 1-54
Surah Fatir 1-45
Surah Yaasin 1-27
Hari ke-23
Surah Yaasin 28-83
Surah Al-Saffat 1-182
Surah Sad 1-88
Surah Al-Zumar 1-31
Hari ke-24
Surah Al-Zumar 32-75
Surah Al-Ghafir 1-85
Surah Al-Fussilat 1-54
Hari ke-25
Surah Al-Syura 1-53
Surah Al-Zukhruf 1-89
Surah Al-Dukhan 1-59
Surah Al-Jathiyat 1-37
Hari ke-26
Surah Al-Ahqaf 1-35
Surah Muhammad 1-38
Surah Al-Fath 1-29
Surah Al-Hujurat 1-18
Surah Qaf 1-45
Surah Al-Dhariyat 1-24
Hari ke-27
Surah Al-Dhariyat 25-60
Surah Al-Tur 1-49
Surah Al-Najm 1-62
Surah Al-Qamar 1-55
Surah Al-Rahman 1-78
Surah Al-Waqi’ah 1-96
Surah Al-Hadid 1-29
Hari ke-28
Surah Al-Mujadalah 1-22
Surah Al-Hasr 1-24
Surah Al-Mumtahanah 1-13
Surah Al-Saff 1-14
Surah Al-Jumuah 1-11
Surah Al-Munafiqun 1-11
Surah Al-Taghabun 1-18
Surah Al-Talaq 1-12
Surah Al-Tahrim 1-12
Hari ke-29
Surah Al-Mulk 1-30
Surah Al-Qalam 1-52
Surah Al-Haqqah 1-52
Surah Al-Ma’arij 1-44
Surah Nuh 1-28
Surah Al-Jin 1-28
Surah Al-Muzammil 1-20
Surah Al-Muddaththir 1-56
Surah Al-Qiyamah 1-40
Surah Al-Insan 1-31
Surah Al-Mursalat 1-50
Hari ke-30
Juzuk Amma (Surah An-Naba’- Surah An-Nas)
Bg Muslimat yg masa-masa tertentu tidak boleh membaca Al-Quran, boleh tolak beberapa hari uzur daripada tarikh berpuasa kemudian bahagikan tarikh yang tidak uzur dengan bilangan juzuk Al-Quran.
~ Selamat memeriahkan bulan Al-Quran dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan memahami & menghayati isi kandungannya ^^ ~
Wassalam.