Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “ Umatku diberikan 5 perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu :
BONUS 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah
BONUS 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
BONUS 3
Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : “Hampir -hampir hamba-hambaKu yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu’. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat)
BONUS 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan
BONUS 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannnya)” . mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda Rasulullah SAW : “ Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam lailatul qadr?” Baginda menjawab : “Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya selesai menyempurnakan amalannya”. (Riwayat Ahmad)
Sumber dipetik dari Majalah Solusi ISU 34
No comments:
Post a Comment