Saturday, December 4, 2010

Islam itu Kebahagiaan = )

mane imamah menghilang nie?


Bismillahirrahmanirrahim….

Segala puji bagi Allah Tuhan yang telah menciptakan segenap isi alam ini dan tidak lupa juga selawat dan salam terhadap Nabi Muhammad SAW serta sahabat dan keluarga baginda….

Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…:)

Masih lagi diberi kesempatan oleh Allah menari-narikan jari jemari ini dan mengerutkan kening sedikit untuk refresh back dan bakal sebentar lagi menekan butang publish to blog apa yang telah dikarang oleh insan bernama hamba di depan laptop ini….(cey, asifni, berbelit ayat sedikit ya …mencuba utk improve gaya penulisan..huhu)

Alhamdulillah sekali lagi, genaplah seminggu berada di rumah…rutin harian?hehe…bangun, makan yang sangat berselera dan mengikut masa tidak seperti di kampus, buat kerja rumah sikit-sikit (sikit2?hehe…masak sbg pelengkap masakan mak & nenek..kui3…alhamdulillah tolong juga), online…online…dan online, tidur satu kewajipan…Alhamdulillah tidak berlebihan, sekadar keperluan…sehingga hari ini baru merasai jiwa terisi sedikit…usrah di rumah untuk adik-adik sudah bermula!!! Bila mak kata tengahari tadi tak boleh lagi keluar pergi tukar periuk nasi sebab pukul 3 petang nanti ada usrah…”Huh?Ade usrah ke hari ni?Kak Long x prepare ape2 lagi”..Mak jawab “Baca je sirah Nabi tu”.Diam.Dalam hati, “baca sirah nabi?penyampai kena baca dan hayati dulu barulah boleh menusuk jiwa”.Tiba-tiba teringat koleksi modul permainan yang dikirim sahabat seperjuangan.Biasanya budak-budak ni suka je benda-benda macam ni.Hehe…mencari modul yg boleh mjana pemikiran si kakak dan si adik…

Dapat!!!

Modul : Menerapkan konsep islamik dalam rancangan televisyen

Hari ni adik-adik yang datang hanyalah 16 orang dari kebiasaannya 21 orang…Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan..masing-masing ada yg mendapat tajuk drama, rancangan memasak, iklan dan rancangan realiti gameshow.Walaupun pada mulanya diorang tidak faham dgn apa yang dikehendaki, setelah diterangkan dan saling bertukar pendapat, Alhamdulillah…success…even not the best…but, they had tried and syukr ilallah…they understand and got it…J

Usai berbincang, mereka membentangkan hasil yang diperoleh. (secara ringkas)

Rancangan Drama

  • Drama tersebut haruslah berlandaskan syariat islam, spt mjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.
  • Menunjukkan nilai-nilai murni
  • Menjaga adab dan akhlak
  • Wajib memberikan kesan yang baik terhadap penonton. (Drama tersebut bukan hanya berkisar cinta anak muda)
  • Menyiarkan drama ketuhanan, tiada unsur syirik kurafat dan sebagainya.

Rancangan Memasak

(lakonan rancangan memasak)

  • Setiap pergerakan dimulakan dengan basmalah
  • Makanan atau bahan yang dibeli dan dimasak haruslah dipastikan dari sumber halal (halal merujuk kepada bersih, dijamin kualiti, berkhasiat dan seangkatan dengannya)
  • Peralatan yang digunakan juga haruslah bersih
  • Tempat memasak juga harus bersih
  • Semua wajib bersih dan bersih kerana kebersihan adalah sebahagian daripada iman :)

Iklan

  • Wanita adalah dugaan dunia.Tidak wajib menggunakan wanita untuk mengiklankan sesuatu barangan.kan kan?
  • Jika tidak pun, wanita wajib menutup aurat.
  • Iklan yang disiarkan mematuhi hukum syarak.
  • Iklan berfaedah

Rancangan Realiti Gameshow

  • Tiada tarian, pergaulan bebas lelaki dan perempuan.
  • Pakaian menutup aurat.
  • Menggunakan soalan-soalan yang bermanfaat contohnya bg gameshow yang melibatkan pengutaraan soalan, menggunakan soalan-soalan yang berusurkan islam.Contohnya soalan asas fardu ain, fardu kifayah dan lain-lain.

Memang bagus kan idea diorang?

Sememangnya islam sudah menganjurkan yang terbaik untuk kita, dengan kata lain Islam menggariskan sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Contohnya, pergaulan bebas…ada apa dengan pergaulan bebas?Salahkah bergaul?Bukankah menyambung silaturrahim itu besar pahalanya?Ya semestinya tidak salah!!!Kondisi sebenarnya begini, cuba bayangkan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang tidak ubah sebiji dengan makhluk-makhluk di barat, keadaan yang tidak menurut apa yg dianjurkan islam bukan?Berapa ramai yang melahirkan anak luar nikah.Tidak cukup untuk melahirkan anak free, dibuangnya pula.Astaghfirullahalazim.Kasihan si anak yang tak berdosa.Sampai menyusahkan orang lain untuk menjaga dan memelihara si anak.Lagi, anak itu mahu di binkan kepada siapa jika ayahnya tidak mahu?Si anak menanggung malu kedua ibu bapa mereka bila dewasa.Sudah tentu si anak menerima tohmahan dan cercaan di kemudian hari.Banyak lagi masalah yang akan timbul.Konkusinya, Islam adalah yang terbaik.Tiada yang lebih baik untuk kita selainnya dalam menjalani hidup ini seperti,

Firman Allah :

“Sesungguhnya agama yang benar dan diredhai di sisi Allah adalah Islam"

(Surah Al-Imran, ayat 19)

Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...