Sunday, December 12, 2010

Ada apa padanya?Ada apa dengan kita?


Ku pohon padaMu Ya Zaljalali walikram,

Moga aku masih belum terlambat,

Mengambil ibrah dan teladan dari perjalanan hidup

dan hijrah kekasih junjunganMu,

Muhammad Sollallahu alaihi wassalam.


Yang soddiq

Yang amanah

Yang tabligh

Yang fathonah


Tidakkah dirimu merasakan hebatnya Islam ini?

Kerana Penciptanya, Allah The Almighty,

Kerana KekasihNya Muhammad SAW,


Tapi mengapa diri yang bergelar khalifah ini tidak cuba bangun ke tahap yang lebih tinggi lagi

untuk melakukan apa yang diwajibkan Allah dan istiqamah dengan tuntutan Muhammad SAW?


Kerana apa?

Kerana masih ragukah?

Astagfirullahala'zim…Nauzubillahi min zalik..

Atau terpedaya dengan makhluk yang bernama evil
di sekelilingmu?


Bila aku diam dan berfikir,

Bila aku terjaga dari mimpi,

Ku tahu bahawa segalanya itu aturan Allah,

Barulah aku sedar,

Diriku masih dalam tahap angan-angan yang panjang,

Bukankah dirimu tahu bahawa

kata


Saidana Ali


panjangnya angan-angan itu

menyuruhmu melupakan akhirat dan menurutkan hawa nafsu itu

menghalangimu dari kebenaran (hak)?


Hijrah


Ada apa padanya?

Ada apa dengan kita?

Ayuh, bangkitlah dari tidur yang panjang!


Hidup kita bertujuan,

Lillahi Taala semata.




Sebangkitnya diri dari lena,

Teratak Kebahagiaan

3.30 pm, 12 Disember 2012

Bersamaan 6 Muharam 1432 H


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...