Sunday, December 19, 2010

Rapatkan Saf!!!


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua…J


Setelah pusing sana, pusing sini dalam rumah, fikir sana fikir sini, xde mood nak habiskan buku Al-Fateh The Conquerer, rasa lebih dekat hati ni nak post entri baru dlm blog.Ye, mahu sambung post Ada Rahsia Disebaliknya.Bila anda semua baca tajuk post ni Rapatkan Saf, agaknya ape ye yang berlegar dalam kotak fikiran anda?(x kisah la anda semua nak fikir ape pun..hehe..ni idea yg tkeluar sbb tuan punya diri yang menulis ni sdg hafal surah As-Saf, otak dah lame bkarat, mcm susah sikit nak ingat..astaghfirullahala'zim…perlu koreksi diri ni…any tips?)

Solat berjemaah.Tak ramai yang tahu kelebihannya.Mungkin ada kita hanya tahu kelebihannya sebanyak 27 kali ganda berbanding solat secara bersendirian.Saya pun…hehe..apa kata kita lihat apakah kisah (fakta sains) dan hikmah di sebalik solat berjemaah ini.Let's check it out!!!

Kawan-kawan, tahu tak dalam badan kita ada dua cas elektrik yg berbeza, iaitu positif dan negatif?Menurut kajian seorg Prof sebuah universiti di Amerika Syarikat, penggunakan cas negatif dan positif dlm badan utk aktiviti seharian meyebabkan badan kita berasa letih dan lesu. Cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk memulihkan tubuh badan dalam keadaan normal.

Apa kaitannya cas negatif dan positif dengan solat berjemaah?

Sabar…

Semasa kita melakukan solat berjamaah, kita disyariatkan supaya meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit.Semasa pergeseran tubuh kita dengan tubuh jamaah lain yg berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita.Sebab itulah berlakunya keseimbangan cas-cas positif dan negatif.Ha..kita boleh membuat hipotesis di sini bahawa semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang dan semakin segar tubuh badan kita.



bahu bahu tumit tumit

cas-cas dalam badan

Solat Berjemaah di setiap waktu solat Vs Bilangannya di setiap waktu solatJ

Apabila bangun dari tidur, badan akn berasa segar dan sihat setelah tidur selama beberapa jam kerana cas negative dan positif adalah seimbang.Oleh itu, hanya sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh diperlukan.Sebab itulah solat Subuh hanya disyariatkan sebanyak 2 rakaat

Subhanallah..

Seterusnya, setelah seharian bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas ini tidak lagi seimbang dgn kehilangan banyak tenaga dari badan.Oleh itu, pertukaran cas-cas yg banyak diperlukan dan peranan solat jemaah adalah untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini. Oleh sebab itu solat Zuhur berjamaah didirikan 4 rakaat utk memberi lebih masa kepada pemulihan cas-cas tadi

Alhamdulillah…

Proses yg sama berlaku pada sebelah petang, apabila kita mengeluarkan banyak tenaga menyambung tugas-tugas kita dan kita kehilangan banyak cas-cas ini.Sekali lagi proses penyeimbangan ini berlaku apabila kita mengerjakan solat Asar berjamaah sebanyak 4 rakaat

La ilaha illallah…

Selepas waktu Asar, setelah pulang dari kerja atau pada kebiasaannya, kita hanya melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak terlalu banyak menggunakan tenaga dan masa yang diperuntukan pula tidak terlalu lama. Oleh itu tidak terlalu banyak tenaga yang kita keluarkan. Seterusnya kita akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib berjamaah,sebanyak?3 rakaat... Pengurangan dalam rakaat ini berlaku krna kita tidak kehilangan terlalu banyak tenaga dan penyeimbangan cas-cas ini berlaku dalam jangka masa yang agak kurang dari sebelumnya (Zohor dan Asar)

Ya Allah… J

Solat Isya' pula.Kenapa kita perlu solat sebanyak 4 rakaat?Begini adik-adik…dengar ya kakak mahu bagitaw nie..secara logiknya, kita tidak melakukan banyak aktiviti pada waktu malam dan tidak memerlukan pengumpulan cas-cas yang banyak utk tidur. Solat Isya' berjamaah sebanyak 4 rakaat dpt menyediakan penyeimbangan cas-cas dan pengumpulan tenaga yang secukupnya untuk kita bangun Tahajud

Allahuakbar…

Betapa cantiknya Allah ciptakan Islam untuk kita kan?Moga diri kita tidak buta untuk melihat, meneliti, mentafsir dan mengamalkan Islam sbg Ad-Din dan cara hidup. Hasil daripada kajian dan hidayah daripada Allah, Prof dr Amerika itu td telah memeluk Islam.Subnallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahuakbar.

Jom solat berjemaah!!!


p/s: kepada diri yang bergelar wanita, carik la bakal suami yg boleh jd imam.Letakkannya ianya syarat wajib untuk memiliki.hehe.tak kejam pun.jika kaum mereka mahukan perempuan yg pandai memasak, masakan kita tidak meletakkan syarat sewaktu dengannya???bahkan ia lebih dari sewaktu dengannya.ke arah membina daulah islamiah.renung2kan dan selamat beramal…






Wallahua'lam.

*lupe ambik gambar2 kat mne, moga tuan milik gambar ni izinkan sy kopi lekat utk manfaat bsama.smoga dpermurahkan rezeki syeikh!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...