Thursday, June 30, 2011
Tangisan Hati Seorang Ibu
Wednesday, June 29, 2011
DAiL 24434
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua J
Diharapnya semua sihat wala’fiat di bawah payung kasih Ar-Rahman.
Ibaratnya bayi yang bergolek kiri dan kanan mencari posisi yang selesa. Begitu jugalah bagi pelajar universiti yang sudah hampir sebulan atau lebih yang ke hulu ke hilir dalam rumah, mengadap laptop sampai nak juling mata, khayal dengan diri sendiri sehingga lupa realiti. Siapa la tu. Isyk. Sedar tak sedar ,sudah 27 Rejab hari ni. Nasib baik sedar jugak. 27 Rejab, peristiwa apa ya?
Israk Mikraj
Maksud 'Israk' ialah perjalanan Nabi s.a.w. secara terhormat bermula dari Masjid al-Haram di Makkah hingga ke masjid al-Aqsa, Baitul Maqdis di Palestin. Sementara maksud 'Mikraj' ialah kejadian yang berlaku ekoran dari peristiwa israk, iaitu naik dari al-Aqsa ke beberapa lapis langit yang tinggi, sampai ke suatu peringkat yang tertinggi iaitu suatu tempat bernama 'Sidratul Muntaha' di mana ilmu dan akal manusia atau jin tidak mampu sampai kepadanya. Dalam peristiwa Israk Mikraj inilah, bermulanya kewajipan ke atas manusia untuk solat 5 waktu. Dari 50 waktu solat sehari semalam dikurangkan jumlahnya kepada 5 kerana tanda kasihnya Nabi Muhammad SAW kepada kita hambanya. MasyaAllah, sayangnya baginda SAW kepada kita. Berulang kali baginda naik turun sehingga malu bertemu dengan Allah. Mengaku umat Muhammadkah kita walaupun 5 waktu itu pun masih belum sempurna? Tepuk dada, tanya diri, kerana iman kita tak pernah teguh!
Assolatu Imaduddin~Solat itu tiang agama
Firman Allah:
‘ Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar’ (Al-ankabut : 45)
Jom sahabat. Kita ikhlaskan hati. Perbaiki diri dan solat kita. Semoga Allah terima ibadah kita. Dan supaya Nabi Muhammad berbahagia dengan umatnya. J.
~mencari ketenangan abadi, menjauhkan diri dari lappy,insyaAllah~
Wassalam.
Thursday, June 16, 2011
Pasak Kehidupan
J
Jom istiqamah (berterusan melakukan sesuatu yg baik) !!!
~sharing is caring (^_^)V~
Wassalam.
Wednesday, June 15, 2011
Susah Cari Sape?
Bismillahirrahmanirrahim….
Hanya mahu tulis dalam bahasa yg pendek. Untuk peringatan kpd sahabat2 & diri sendiri yang tak pernah2 terlepas dari melakukan dosa serta melupakan Allah.
Kenapa ye manusia ni bila dia senang @ berada dalam zon selesa, dia senang je nak lupakan Allah?
Bila dia sakit, baru nak mengadu, merayu & merintih dengan Allah?
“Ala, biasa la…hidup hanya sekali…bak kata orang, kita hidup, mesti enjoy!!!”
Sedangkan yang menggembirakan hati kita, memberikan kita nikmat, hidup yang selesa, cantik, handsome, pandai, kaya, ramai kawan. Baik2 plak tu and so on tu SIAPA?
K
Ada dua pilihan untuk kita. Enjoy sekali or enjoy selamanya?
Pilih antara dua.
Hidup mesti enjoy @ Dunia lading akhirat?
~~Dari Allah kita datang dan kepada Allah lah kita kembali~
Dia Yg Maha Melihat
Dia Yg Maha Mendengar
Dia yang maha pemaaf
Dia Yg Maha Pengasih
Dia Yg Maha Penyayang
syafakillah untuk diri sendiri..huhu..
Wassalam.
Sunday, June 12, 2011
Bukan Rezeki Kita
Lain pula jadinya bila tiba-tiba sang pemain Kelantan, Daud Su tertanduk bola ke rawang gol. Waktu itu, keadaan seri 1-1. Dalam hati penyokong Red Warrior sudah pasti timbul pelbagai spekulasi. Kelantan In Danger!!! Masa tambahan yang diberikan membuatkan penyokong Red Warrior longlai. "Daud Su, bagi gol satu lagi!!" semangat diberikan.
Kekalahan Red Warrior disahkan bila bola disumbat dan wisel penamat dibunyikan. Sudah pasti penumpang dalam dua buah kereta yang pergi ke Bukit Jalil pulang dengan perasaan hampa. Salah satu kereta dinaiki adik saya. Semangat membara ya adik bab-bab bola ni. Alangkah bagusnya jika syabab-syabab zaman ini bersemangat sebegini membawa islam. Tidak salah minat bola. Asalkan jangan sampai ingkar perintah Allah.
Redha adalah sebaiknya bagi penyokong rakyat Kelantan. Ada hikmah Allah izin jadi begitu. Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik lagi. Tahniah untuk Terengganu kerana bertuah menjuarai Liga FA. ^^
Ada ubi, ada batas, lain hari boleh balas. J
Biiznillah, insyaAllah…
Firman Allah : "Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"
Surah Al-Baqarah ayat 212
Firman Allah : "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab"
Surah Ali Imran ayat 37
Kelantan di hatiku selamanya (^_^)V
Wassalam.
Wednesday, June 8, 2011
Atas Nama Cinta
Munsyid : UNIC
Wednesday, June 1, 2011
Memori Kawang
Rutin harian kami adalah sama sepanjang 2 minggu kecuali 3 hari terakhir iaitu hari survival. Setiap pagi biasanya jam
8.00 pagi - Sesi berada di DKP. Antara subjek yang diajar ialah Slot ikhtiar hidup, slot Sabah Forest Industry, Slot Motivasi, Slot Pengurusan Hidupan Liar & Hidrologi, Slot Hutan & Komuniti, Slot Inventori, Dendrologi & Pengurusan Hutan, Slot Pengurusan Sains Tanah dan Slot Produk Hutan Bukan Kayu. Jika waktu kuliah biasanya mengantuk menerkam. Walau apa pun, jiwa kami harus bertahan. Sabar rimbawan, rimbawati. Bertahan. Mata bagaikan ingin diletakkan batang mancis. Mujur ada lawak-lawak spontan dan selingan yang membuka mata. Ditambah dengan semangat suruhan drpd Nabi SAW "Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim". Itu yang wajib ada. J. Bila tiba sesi amali (jam 2.00 biasanya, ada juga yg dimulakan di pagi hari) lain pula keadaannya. Suasana mengantuk hilang kerana masing-masing bergerak dan bekerja.
5.30ptg – Kembali ke dapur untuk hidangan malam. Biasanya waktu ini kami membahagikan masa dan tugas untuk memasak dan membersihkan diri.
8.00 malam – It's a presentation time. Cambahan idea wujud. Ada yang selalu keletihan, tertutuplah matanya. Macam saya. Huhu. Tapi, membina semangat kembali bila tiba waktu persembahan kumpulan. Moga bermanfaat hingga akhirnya (^_^)V
12.00 malam – Beribadah senyaplah kami (untuk muslim). Saya gunakan istilah tidur untuk non-muslim J. Sebelum tidur, password diberikan. Fungsi password adalah untuk memastikan keselamatan. 2 rangkai perkataan jika disebut yang didepannya, orang yang kita lihat untuk memastikan dia orang kita, dia akan menyebut perkataan belakang. Jika tidak, sendiri mo jawab meh. It's all about safety. Seharusnya ada dalam diri kita seluruh pergantungan kepada Allah selain berusaha bahawa letakkan innallaha ma'ana.
SURVIVAL DAY (24-26 MEI 2011)
Tempoh hari survival selama 3 hari kami mulakan. Barang-barang kami disport-check oleh urusetia takut-takut ada yang membawa barang yang tidak dibenarkan. Kami hanya dibenarkan membawa beberapa cawan beras, 3 tin sardine dan 3 uncang teh @ Nescafe sebagai makanan. Keperluan lain seperti tali, peiuk nasi, pinggan, mancis yang melebihi 3 batang dan baju melebihi sepasang adalah dilarang sama sekali. Hari pertama sampai di tempat perkhemahan, kami 8 beradik tanpa ayah dan ibu membersihkan kawasan yang letaknya tak jauh dari base camp. 3 lelaki 5 perempuan. 4 muslim dan 4 non-muslim. Variety is everywhere rite? Sebab tu lah kalau kita fikir2 mengapa Allah jadikan kita dalam pelbagai rumpun, bangsa dan anutan berbeza?
Firman Allah :
Dan semestinya disini perhubungan antara lelaki dan perempuan itu mestilah dijaga dengan baik. Ada batasan. Berdosa bersentuhan tanpa hubungan. Bukan islam sahaja yang mengajarkan perkara itu. Kristian juga. Memang tidak dapat disangkal dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik. Dalam dunia sekarang kita boleh lihat lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh2 nak buat perempuan itu bersembang dengannya.Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita? (klik disini untuk info lanjut).
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang.
Pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..
Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..dd
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya
Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..
Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..
Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman..
Harapnya adik yang bertanya faham lah ye ape yg kakak mahu sampaikan. Jaga diri, jaga iman, hiasi peribadi, insyaAllah akan wujud pertalian yang baik dengan semua orang. Peace No War.
(Terlebih pjg suda..em..em..sambungan story survival day)
Khemah, bangsal dapur dan pagar dibina sebaik sahaja selesai membersihkan kawasan. Kami memasak nasi menggunakan buluh. Hari pertama dan kali pertama nasi dimasak kurang menjadi. Sehingga ada ahli kumpulan kami yang tertidur keletihan tanpa makan nasi. Bila nasi masak dan boleh dimakan, semua ahli kumpulan kami tak berselera. Waktu tu, barulah tahu ye, betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan. "Syukur, syukur, Ya Allah…"
Alkisahnya bergilir sentri menjaga khemah. Kami 5 orang perempuan berjaga terlebih dahulu. Membiarkan 3 lelaki yang keletihan membuat kerja tidur. Kesian diorang. Memang besar peranan mereka dalam tempoh survival camping ni. Kerja berat 99% mereka yang handle. Hanya 1 % sahaja kami dapat bantu. Bercerita mengelilingi ungun api sehingga mata kadang-kadang tertutup. Tiba-tiba, campbed yang diduduki oleh 2 perempuan ayu berputar melebihi 45° dek ketakstabilan dimana kami tempatkan campbed di kawasan yang bercerun. Mata yang mengantuk menjadi bulat seperti butang. Secara automatiknya hilang rasa mengantuk. Huhu. Kesian dua orang gadis comel ni.
Hari kedua survival, kami cuba memperelokkan lagi keadaan agar keselesaan dikecapi. Ikatan pada khemah dikemaskan dan dikukuhkan dengan spesies lianas & climber. Pagar diperkukuhkan, Sambil bekerja barulah terfikir memang setiap apa yang Allah jadikan itu mempunyai manfaatnya. Tidaklah Dia menjadikan sesuatu dengan sia-sia. He is the Almighty. Tengahari menjengah. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan. Nasi masak dengan sempurna !!! Semua diam bila makan. Syukur tidak terhingga. Waktu beginilah kita boleh bayangkan bagaimana saudara-saudara kita di Palestin juga bersyukur bila dapat mengisi perut. Yang kelaparan pula, ada yang sanggup makan batu. Tegakah kita bahagia di sini sedangkan di sana mereka menderita? Semoga Allah merahmati kalian duhai para pejuang agama Allah.
Sebelah dinihari hari ke-3, kami dikejutkan dengan kedatangan urusetia. Pelbagai kelengkapan disport-check. Malangnya, mereka tidak berpuas hati dengan pagar kami dan menyuruh kami masuk ke dalam sungai paras lutut serta membasuh muka dan mencipta lagu "Pagarku ala kadar" sebagai hukuman. Betul juga kalau difikirkan, pagar itu merupakan pertahanan dan lambang keselamatan. Jika tidak kukuh pertahanan maka, rosaklah didalamnya. Ibarat juga hati, jika tiada iman sebagai benteng, punahlah ia angkara hasutan iblis dan syaitan laknatullah!!! So, jagalah hati dan letakkanlah ia pada tempat yang sepatutnya J
Waktu yang dinantikan tiba bila jam menunjukkan pukul 12 tgh 26 Mei 2011. Keberangkatan pulang kami ke basecamp sesudah bergotong royong membersihkan kawasan. Pahit manis masam manis kami selama 3 hari akan menjadi pengalaman yang bermakna buat kami. Biarpun kami punyai pelbagai perspektif berbeza. Yang penting, kita memperolehi sesuatu yang dapat dijadikan iktibar. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
27 MEI 2011 ~ Nyalaan unggun api. Kemuncak penutup Kem Perhutanan 2011 Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa.
Apa yang saya suka pada hari ini ialah persiapan malam tersebut. Semangat kerjasama. Saling bantu membantu. Macam buat kenduri kahwin dekat kampung. Menu : BBQ, mee goreng, sosej dan air teh. Meriah suda. Bekerja dalam keadaan kurang fasiliti namun bahagia dengan hiruk pikuk hati-hati yang ceria. Ketidakselesaan pada diri muncul bila malam menjengah, pelbagai hiburan menjadi santapan.
~Jauhkanlah hati-hati kami dari melupakan diriMu Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin~
28 MEI 2011
Ke Hutan Simpan Kawang dari sekolah,
Turun ke basecamp dari tempat tinggi,
Mula-mula nak pegi rasa menyampah,
Tapi sekarang macam selalu di hati.
14 hari berlalu sudah,
Kini tiba masa kami pergi,
Yang sudah biarlah sudah,
Moga yang lekat di memori menjadi restu Ilahi.
(Bila menyingkap kenangan menolak untuk datang ke UMS dengan kos bukan pilihan. Bila sampai ke sini keadaanya berbeza sama sekali dengan kebiasaan. Macam langit dengan bumi. Jadi shock. Alhamdulillah masih lagi dalam keadaan sedar. Ada hikmah di sebaliknya. 3 formula utama dalam hidup. POSITIF. SENYUM. SABAR menjadi peneman).
Wassalam.