Wednesday, June 1, 2011

Memori Kawang


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masih lagi dapat menaip. Walaupun ibu jari nan satu terkena penangan buluh semasa berkem di Hutan Simpan Kawang III selama 2 minggu. Kadang-kadang terasa berdenyut lagi. Namun, lebih baik dari hari tangan ini terluka. Aiseyh. Mulanya dalam hati menjerit tidak ingin ikut serta ke camping dek spekulasi minda yang bermacam-macam. Namun apakan daya, kem wajib tersebut wajib disertai kalo tidak, tak dapat berlatihan industri dan konvo la Wan Nornajwa. Terkesan hingga kini, rupanya banyak yang dapat dipelajari. 80% terbaik. 20% tu kita andaikan ianya perkara yang "biasakan yang betul itu betul. Betulkan yang biasa jua betul. Kerna ramai orang dah rasa betul apa yang biasa". Masih lagi dalam gred A yg perlukan transformasi. J

14 MEI - 28 MEI 2011

Rutin harian kami adalah sama sepanjang 2 minggu kecuali 3 hari terakhir iaitu hari survival. Setiap pagi biasanya jam

5.30 pagi - dikejutkan oleh suara "bangun, bangun, bangun" yang bermacam-macam nada dan irama oleh kumpulan sentri yg mengawal keselamatan kawasan perkhemahan pada sebelah malamnya. Solat Subuh bagi yang cakna terlaksana, bagi yang tidak, entah ke mana. Moga Allah bukakan pintu hati kalian.

6.00 pagi - dimulakan dengan senamrobik. Kemudian kami bergerak mengikut kumpulan untuk memastikan dapur berasap supaya boleh makan sarapan ^^. Rupa-rupanya best dapat masak dengan unggun api. Kesabaran tercipta di situ ya. Pernah cuba menghidupkan unggun api beberapa kali. Namun, tak berjaya. Kali ke 4 mencuba, Yes, berjaya !!! I did it !!! Seronok dapat masak bersama-sama. Macam kat rumah. Bila masakan siap, Allahummabarik lana fima rozaqtana waqina azabannar. Makan. Kenyang. Alhamdulillahillazi ata'mana wasaqona wajaa'lana minal muslimin.

8.00 pagi - Sesi berada di DKP. Antara subjek yang diajar ialah Slot ikhtiar hidup, slot Sabah Forest Industry, Slot Motivasi, Slot Pengurusan Hidupan Liar & Hidrologi, Slot Hutan & Komuniti, Slot Inventori, Dendrologi & Pengurusan Hutan, Slot Pengurusan Sains Tanah dan Slot Produk Hutan Bukan Kayu. Jika waktu kuliah biasanya mengantuk menerkam. Walau apa pun, jiwa kami harus bertahan. Sabar rimbawan, rimbawati. Bertahan. Mata bagaikan ingin diletakkan batang mancis. Mujur ada lawak-lawak spontan dan selingan yang membuka mata. Ditambah dengan semangat suruhan drpd Nabi SAW "Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim". Itu yang wajib ada. J. Bila tiba sesi amali (jam 2.00 biasanya, ada juga yg dimulakan di pagi hari) lain pula keadaannya. Suasana mengantuk hilang kerana masing-masing bergerak dan bekerja.

12.00 tgh – Kembali ke dapur menyediakan menu tengah hari sebelum kuliah @ amali jam 2 bermula.

5.30ptg – Kembali ke dapur untuk hidangan malam. Biasanya waktu ini kami membahagikan masa dan tugas untuk memasak dan membersihkan diri.

8.00 malam – It's a presentation time. Cambahan idea wujud. Ada yang selalu keletihan, tertutuplah matanya. Macam saya. Huhu. Tapi, membina semangat kembali bila tiba waktu persembahan kumpulan. Moga bermanfaat hingga akhirnya (^_^)V

12.00 malam – Beribadah senyaplah kami (untuk muslim). Saya gunakan istilah tidur untuk non-muslim J. Sebelum tidur, password diberikan. Fungsi password adalah untuk memastikan keselamatan. 2 rangkai perkataan jika disebut yang didepannya, orang yang kita lihat untuk memastikan dia orang kita, dia akan menyebut perkataan belakang. Jika tidak, sendiri mo jawab meh. It's all about safety. Seharusnya ada dalam diri kita seluruh pergantungan kepada Allah selain berusaha bahawa letakkan innallaha ma'ana.

SURVIVAL DAY (24-26 MEI 2011)

Tempoh hari survival selama 3 hari kami mulakan. Barang-barang kami disport-check oleh urusetia takut-takut ada yang membawa barang yang tidak dibenarkan. Kami hanya dibenarkan membawa beberapa cawan beras, 3 tin sardine dan 3 uncang teh @ Nescafe sebagai makanan. Keperluan lain seperti tali, peiuk nasi, pinggan, mancis yang melebihi 3 batang dan baju melebihi sepasang adalah dilarang sama sekali. Hari pertama sampai di tempat perkhemahan, kami 8 beradik tanpa ayah dan ibu membersihkan kawasan yang letaknya tak jauh dari base camp. 3 lelaki 5 perempuan. 4 muslim dan 4 non-muslim. Variety is everywhere rite? Sebab tu lah kalau kita fikir2 mengapa Allah jadikan kita dalam pelbagai rumpun, bangsa dan anutan berbeza?


Firman Allah :

"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kalian dari laki-laki dan perempuan, dan Kami menjadikan kalian berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kalian saling mengenal..."

Al-Hujurat(49):13

Dan semestinya disini perhubungan antara lelaki dan perempuan itu mestilah dijaga dengan baik. Ada batasan. Berdosa bersentuhan tanpa hubungan. Bukan islam sahaja yang mengajarkan perkara itu. Kristian juga. Memang tidak dapat disangkal dua jantina ini macam magnet kutub utara kutub selatan. Saling tarik menarik. Dalam dunia sekarang kita boleh lihat lelaki yang akan bersiul bila perempuan cantik lalu, ada pula yang minta nak jalan sekali, kadang-kadang sengaja ambil tempat duduk di dewan kuliah sebelah perempuan dan berusaha bersungguh2 nak buat perempuan itu bersembang dengannya.Persoalannya, apakah benar begitu caranya kita melayani fitrah kita? (klik disini untuk info lanjut).

Pernah ditanya oleh seorang adik dan kawan baru saya anggap. Pernah bercinta? Soalan ini ditujukan kepada saya dan kawan saya. Saya diam. Kawan saya menjawab biarlah rahsia. Dia memberi penegasan bahawa dia hanya bertanya. Dan mengandaikan golongan yang tak bercinta ini anti-lelaki. Anti lelakikah? Bagaimana boleh anti sedangkan Allah sudah ciptakan setiap manusia itu dijadikan berfitrah. Tanpa dua jiwa takkan wujud kita. Salahkah menjaga dik? Seorang perempuan tu dia tak nak dekat dengan lelaki sebab menjaga batasan melainkan ada urusan sahaja. Dia fikir, bila dia dah sekali terjatuh, dia akan susah nak bangun balik fwen. Perempuan tu takut jadi macam tu. Lagi satu, mungkin perempuan yang tak ingin dirapati tu nak menjaga cintanya kepada yang sepatutnya. Sudahkah mencintai Allah dan Rasulnya? Kerana cinta insan letaknya selepas itu. Cinta kepada insan itu diimpikan sehingga ke syurga. Bukan khayalan. Tapi, kenyataan yang bakal dihadapi semoga sama-sama dapat membimbing hati menuju redha Ilahi. Teringat satu sajak yg dipetik dari Facebook


Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
ingatlah...ada dua pilihan yang terbentang.

Pertama....
kamu jadi seperti kelapa..
mudah di perolehi..
di parut..
di perah..
dan di ambil santannya..
lepas itu hampasnya di buang..

Yang kedua...
kamu menjadi sebutir mutiara..
berada di dasar lautan..dd
tersimpan rapi..
di lindungi kulit..
bukan senang nak melihat..
apatah lagi mendapatkannya. .
hanya orang yang bertuah..
berusaha menyelami dasar lautan..
dapat memperolehinya. .
harganya mahal sekali..
dan ia akan tersimpan selamanya

Jadi.....
kamu pilihlah samada
hendak menjadi kelapa ataupun mutiara?
di sebalik santan
menjadi penyedap makanan
di perah segala kenikmatan
dengan mudah jatuh menjadi titisan
akhirnya habis kari dimakan
pulut panggang sisa habis di telan..
dan santan hilang tak jadi ingatan
yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
tertanam di dasar yang paling dalam
sukar andai mengharap jadi perhatian
kerana
ia dilapisi kulit yang keras
menghadang..
namun kiranya di temui insan..
akan menjadi permata hiasan..
terletak tinggi di cincin idaman
atau di leher nan jinjang
atau di lengan menawan
makin lama mutiara tertanam
makin tinggi nilaian..

Oleh itu..
tentukan yang mana satu pilihan
menjadi santan
mudah jadi perhatian
tapi hanya sebentar jadi santapan
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
menjadi mutiara
sukar di temukan
namun bila di hias indah gadis perawan
hilang ia...
tangisan mengiringi berzaman..

Harapnya adik yang bertanya faham lah ye ape yg kakak mahu sampaikan. Jaga diri, jaga iman, hiasi peribadi, insyaAllah akan wujud pertalian yang baik dengan semua orang. Peace No War.

(Terlebih pjg suda..em..em..sambungan story survival day)

Khemah, bangsal dapur dan pagar dibina sebaik sahaja selesai membersihkan kawasan. Kami memasak nasi menggunakan buluh. Hari pertama dan kali pertama nasi dimasak kurang menjadi. Sehingga ada ahli kumpulan kami yang tertidur keletihan tanpa makan nasi. Bila nasi masak dan boleh dimakan, semua ahli kumpulan kami tak berselera. Waktu tu, barulah tahu ye, betapa banyaknya nikmat yang Allah telah berikan. "Syukur, syukur, Ya Allah…"

Alkisahnya bergilir sentri menjaga khemah. Kami 5 orang perempuan berjaga terlebih dahulu. Membiarkan 3 lelaki yang keletihan membuat kerja tidur. Kesian diorang. Memang besar peranan mereka dalam tempoh survival camping ni. Kerja berat 99% mereka yang handle. Hanya 1 % sahaja kami dapat bantu. Bercerita mengelilingi ungun api sehingga mata kadang-kadang tertutup. Tiba-tiba, campbed yang diduduki oleh 2 perempuan ayu berputar melebihi 45° dek ketakstabilan dimana kami tempatkan campbed di kawasan yang bercerun. Mata yang mengantuk menjadi bulat seperti butang. Secara automatiknya hilang rasa mengantuk. Huhu. Kesian dua orang gadis comel ni.

Hari kedua survival, kami cuba memperelokkan lagi keadaan agar keselesaan dikecapi. Ikatan pada khemah dikemaskan dan dikukuhkan dengan spesies lianas & climber. Pagar diperkukuhkan, Sambil bekerja barulah terfikir memang setiap apa yang Allah jadikan itu mempunyai manfaatnya. Tidaklah Dia menjadikan sesuatu dengan sia-sia. He is the Almighty. Tengahari menjengah. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan urusan. Nasi masak dengan sempurna !!! Semua diam bila makan. Syukur tidak terhingga. Waktu beginilah kita boleh bayangkan bagaimana saudara-saudara kita di Palestin juga bersyukur bila dapat mengisi perut. Yang kelaparan pula, ada yang sanggup makan batu. Tegakah kita bahagia di sini sedangkan di sana mereka menderita? Semoga Allah merahmati kalian duhai para pejuang agama Allah.

Sebelah dinihari hari ke-3, kami dikejutkan dengan kedatangan urusetia. Pelbagai kelengkapan disport-check. Malangnya, mereka tidak berpuas hati dengan pagar kami dan menyuruh kami masuk ke dalam sungai paras lutut serta membasuh muka dan mencipta lagu "Pagarku ala kadar" sebagai hukuman. Betul juga kalau difikirkan, pagar itu merupakan pertahanan dan lambang keselamatan. Jika tidak kukuh pertahanan maka, rosaklah didalamnya. Ibarat juga hati, jika tiada iman sebagai benteng, punahlah ia angkara hasutan iblis dan syaitan laknatullah!!! So, jagalah hati dan letakkanlah ia pada tempat yang sepatutnya J

Waktu yang dinantikan tiba bila jam menunjukkan pukul 12 tgh 26 Mei 2011. Keberangkatan pulang kami ke basecamp sesudah bergotong royong membersihkan kawasan. Pahit manis masam manis kami selama 3 hari akan menjadi pengalaman yang bermakna buat kami. Biarpun kami punyai pelbagai perspektif berbeza. Yang penting, kita memperolehi sesuatu yang dapat dijadikan iktibar. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

27 MEI 2011 ~ Nyalaan unggun api. Kemuncak penutup Kem Perhutanan 2011 Sekolah Perhutanan Tropika Antarabangsa.

Apa yang saya suka pada hari ini ialah persiapan malam tersebut. Semangat kerjasama. Saling bantu membantu. Macam buat kenduri kahwin dekat kampung. Menu : BBQ, mee goreng, sosej dan air teh. Meriah suda. Bekerja dalam keadaan kurang fasiliti namun bahagia dengan hiruk pikuk hati-hati yang ceria. Ketidakselesaan pada diri muncul bila malam menjengah, pelbagai hiburan menjadi santapan.

Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah - Raihan

~Jauhkanlah hati-hati kami dari melupakan diriMu Ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin~


28 MEI 2011

Ke Hutan Simpan Kawang dari sekolah,

Turun ke basecamp dari tempat tinggi,

Mula-mula nak pegi rasa menyampah,

Tapi sekarang macam selalu di hati.

14 hari berlalu sudah,

Kini tiba masa kami pergi,

Yang sudah biarlah sudah,

Moga yang lekat di memori menjadi restu Ilahi.


(Bila menyingkap kenangan menolak untuk datang ke UMS dengan kos bukan pilihan. Bila sampai ke sini keadaanya berbeza sama sekali dengan kebiasaan. Macam langit dengan bumi. Jadi shock. Alhamdulillah masih lagi dalam keadaan sedar. Ada hikmah di sebaliknya. 3 formula utama dalam hidup. POSITIF. SENYUM. SABAR menjadi peneman).

Wassalam.

6 comments:

  1. menyudahkan entri di home sweet home :)
    moga ada kisah hebat lagi tercipta di sini...

    ReplyDelete
  2. best!!slmat mnjadi rimbawati sejati..

    ReplyDelete
  3. best je cik najwa cite g kem hutan, hilang dah trauma kan...(",) fastaqim kama umirta!

    ReplyDelete
  4. trying to put maself to be positif, senyum & sabar...
    ~Allah da letak kte kat sini, ni jalan hidup kte, dlm kata len, xleh tinggal ISLAM ~

    ReplyDelete
  5. ok.. bokmark this blog ^^
    (fetez)

    ReplyDelete
  6. kawang meninggalkan sejuta 1 persoalan & kenangan..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...