Sunday, June 12, 2011

Bukan Rezeki Kita

Kelantan kalah lawan Terengganu. Itu kisahnya. Kecewakah penyokong Red Warrior?

Menonton permainan yang mulanya hambar. Mengantuk menyapa seketika. Bila mata tertutup, suara ayah, pak cik dan adik menerpa dengan laungan gol !!! Lantas turut sama tersengih dan mata secara automatiknya switch on. Minit-minit terakhir. Dalam hati, Kelantan bakal juara. Tak sia-sia Sultan dan Menteri Besar kesayangan datang memberi semangat.

Lain pula jadinya bila tiba-tiba sang pemain Kelantan, Daud Su tertanduk bola ke rawang gol. Waktu itu, keadaan seri 1-1. Dalam hati penyokong Red Warrior sudah pasti timbul pelbagai spekulasi. Kelantan In Danger!!! Masa tambahan yang diberikan membuatkan penyokong Red Warrior longlai. "Daud Su, bagi gol satu lagi!!" semangat diberikan.

Kekalahan Red Warrior disahkan bila bola disumbat dan wisel penamat dibunyikan. Sudah pasti penumpang dalam dua buah kereta yang pergi ke Bukit Jalil pulang dengan perasaan hampa. Salah satu kereta dinaiki adik saya. Semangat membara ya adik bab-bab bola ni. Alangkah bagusnya jika syabab-syabab zaman ini bersemangat sebegini membawa islam. Tidak salah minat bola. Asalkan jangan sampai ingkar perintah Allah.

Redha adalah sebaiknya bagi penyokong rakyat Kelantan. Ada hikmah Allah izin jadi begitu. Allah nak berikan sesuatu yang lebih baik lagi. Tahniah untuk Terengganu kerana bertuah menjuarai Liga FA. ^^


Ada ubi, ada batas, lain hari boleh balas. J

Biiznillah, insyaAllah


Firman Allah : "Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batas"

Surah Al-Baqarah ayat 212


Firman Allah : "Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendakiNya tanpa hisab"

Surah Ali Imran ayat 37

Kelantan di hatiku selamanya (^_^)V


Wassalam.

3 comments:

  1. ~hubbu wathon minal iman....
    membangun bersama islam....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...