Sunday, July 31, 2011

Hidayah Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim

Jendela dibiarkan terbuka supaya hangat suasana diganti dengan sang bayu malam. Tiba-tiba dengusan angin yang deras menerpa adinda bagaikan ingin membunuhnya. Dilihatnya pada ketika itu ribut kencang, kuatnya dapat dirasakan. Lahir ketakutan dalam diri. Ada perasaan gementar dan gelisah bersamanya waktu itu. Lemas dan cemas. Dirinya tidak tahu kondisi apakah yang berlaku terhadapnya. Hanya dirinya yang sedar ribut yang menerpa. Rakan serumah lain hanyut dibuai lena tidur. Matanya tidak dapat lelap memikirkan timbunan kerja untuk disiapkan dan dihantar kepada pensyarah. Gelisah lagi.

Telefon bimbit dicapai, kepada bonda dia mengadu. Waktu itu kata bonda, sudah jam 4 pagi.

(Perbualan diringkaskan)

“ Mak, Ammar rasa berdebar. Gelisah. Takut. Semuanya bercampur baur. Banyak dosakah?’’ dialog Ammar yang diberitahu oleh bonda.

“Kenapa rasa begitu? Sebelum ni? ’’ bonda.

“Serabut fikir banyak kerja. Macam-macam datang dalam fikiran. Tak dapat tidur dengan lena” sambungnya lagi.

“Tak siap tugasan yang pensyarah berikankah? Ammar jangan fikir sangatlah dosa tu. Allah Maha Pengampun. Buat kerja slow-slow. Kalau tak boleh terus, stop dulu, kemudian ambil wudhu’ solat sunat dua rakaat minta dengan Allah supaya dipermudahkan segala urusan’’ nasihat bonda kedengaran di telinga dan terus mengejutkan saya dari lena.

“Mak cakap dengan Amilinkah? membuat anggapan dalam hati bonda bercakap telefon dengan adinda yang berada di UIA.

“ Dah mula tensionkah?” getus hati.

Azan subuh kedengaran. Selepas subuh, menanya bonda “siapa telefon mak pagi-pagi tadi?”

“Ammar” jawab bonda.

“Ammar? Aik, awalnya dia bangun” saya tersengeh. Jarang dia begitu.

“Pelik suaranya tadi. Asyik bercakap pasal dosa dan menunjukkan diri bersalah. Dirinya resah gelisah. Serabut dengan kerja juga katanya” bonda bercerita.

Saya tidak dapat memberikan konklusi waktu itu. Anggapan diri ini, mungkin dirinya tension.

Lebih kurang jam 9 pagi, kelihatan bonda bersungguh bercakap menerusi telefon bimbit. Memang bonda seorang yang bersemangat. Terdetik juga di hati ingin bertanya “dengan siapakah mak cakap?”. Keadaan serius begitu tidak boleh diganggu. Biasanya bila wujud perasaan ingin tahu seperti itu, hanya kening saya mengangkat, bonda jawab dengan menunjukkan reaksi mulut. Tapi kali ini, hanya kerutan wajah mampu saya lemparkan.

Usai menelefon bonda memberitahu “Ammar rasa takut long”.

Rasa tidak sedap hati tiba-tiba menerpa. “kenapa pelik ni?” hati berkata.

Sewaktu bonda membasuh pinggan, titisan air mata bonda keluar. Hati ini terkesan. Rasa bimbangnya seorang ibu. Ibu manakah yang tidak faham perasaan anaknya sendiri?

Lebih kurang jam 3 petang, kelihatan bonda bercakap menerusi telefon lagi. Kali ni mimik muka bonda kelihatan lagi serius. Sudah dapat di agak bonda bercakap dengan Ammar. Ammar meminta dengan bonda semua nombor telefon yang masih belum disimpan dalam telefonnya termasuk nombor telefon nenek yang berada di Pasir Mas. Ingin meminta maaf dengan semua katanya.

Lagi berdetik hati ini. Pelbagai persoalan timbul. Apa khabar adikku di sana?

Ayah bertanya tentang Ammar. Menyuruhku pula menelefon memberikan kata-kata semangat.

“Assalamualaikum. Duk wak gapo? ” saya mulakan bicara dalam bahasa Kelantan.

“Waalaikumussalam. Nok tido, tapi tok leh terlelap sejak semalam lagi” balasnya.

“Mu stress ngaji ko? Wat slow-slow. InsyaAllah buleh”

“Aku kenaling (berdebar bercampur takut). Serabut mikir ko assignment. Tok pernah lagi raso gini”.

“ Allah nok uji mu tu. Ikut wat mok pesan pagi tadi. Kalu tok tahan sangat balik dulu”.

Memilih untuk pulang. Membuatkan hati-hati yang berada di rumah lega. Namun menanyakan khabarnya di setiap masa melalui mesej. Selepas maghrib, bertanya “lega dah?”

“Lega dah. Tapi lemah semangat sikit”.

“Try ngaji Al-Quran” ringkas.

Jam 10 malam, dia menaiki bas untuk pulang dan kedengaran muzik lagu freedom oleh maher Zain dari Sony Ericssonku. Mesej dari Ammar. Tergamam selepas membacanya.

Ayatnya berbunyi “Long, aku loni terharu tinggal Al-Quran…bukan sebab lain”. Bagaikan tidak percaya menerpa. Ya Allah…

“ Aku raso nok gi belajar pondok” satu teks mesej lagi masuk.

Lantas saya tunjukkan mesej kepada bonda. Terkejut. Kami diam. Adakah ini yang dinamakan hidayah Allah? Subhanallah…

“ Buleh jah, blaja prabih dulu…slow-slow, nok berubah sikit-sikit dulu, xboleh secara tiba-tiba” saya dan bonda sependapat dia menghabiskan pelajarannya November ini. Hanya tinggal 3 bulan lagi. Pada kami, pengajian pondok boleh didaftarkan pada bila-bila masa. Habiskan perjuangan yang berbaki sedikit lagi. “Oks senafas” kata orang Kelantan.

Berkumpul saya, bonda, ayahanda dan Ammar di ruang tamu selepas subuh. Musyawaroh. Menasihati dan memberikan kata-kata semangat adalah terbaik. Layan dengan tutur kata yang lembut. Bonda menyuruhnya balik setiap hujung minggu. Ayahanda mengusulkan “perlukan laptop?”. Mungkin waktu itu sudah ada sedikit lega menerpa. Sepanjang dua hari di rumah, nasihat bonda menjadi penawar hatinya. Tingkahnya lain. Terharu melihat Wan Ammar membaca Al-Quran. Dia mengaku tenang bila membacanya. Pulang sudah dia ke Pulau Pinang jam 10 malam tadi. Allahuakbar !!!

Untukmu adinda Ammar :

Inilah sentuhan rasa yang Allah berikan tanda kasih sayangNya Dia kepada kita. Allah tidak pernah lari dan melupakan kita. Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah itu luas. Allah juga Maha Pengampun. Buat yang terbaik untuk semua. Mak. Ayah. Adik-adik. Kak long. & semua disekeliling. Bila susah dalam study atau lain-lain hal, mintalah pertolongan dari Allah. Moga berkat mengiringi. Gud luck !!! All da best !!! Bawa semangat baru!!! Semangat seorang islam !!! Moga Hidayah di Ramadan untuk Ammar turut terkena tempiasnya kepada orang lain.

Ikhlas dari ~ Kak Long.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Moga beroleh iktibar.

Al-Quran penyuluh hidup!

(bila jadi macam nie, kita start to appreciate family kita-Wan Haninah)

Terima kasih Ya Allah !!!

Bawalah hati-hati kami supaya sentiasa bersamaMu.


~Salam Ramadhan Al-Mubarak. Maaf dipinta jika ada khilaf~


Wassalam.

Tuesday, July 26, 2011

KELCHEFF Part 3 : KELCHEFF 2011 in Memory

Bismillahirrahmanirrahim

kesinambungan KELCHEFF 1 & KELCHEFF 2

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana masih lagi dapat berkongsi segala nikmat yang tersedia. Tiada kata yang dapat diungkapkan menyatakan rasa “hepi”nya diri ini melalui momentum-momentum sepanjang 10 hari menjadi Green V (Sukarelawan Hijau Kelantan) selama Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KELCHEFF 2011) berlangsung.

Pengalaman dikutip

Ilmu ditimba

Ukhwah tercipta

Moga segalanya dalam RedhaNya

Bila suka, hati gembira, bibir menguntum senyuman. Bila penat, hati gelisah, tetap kena senyum !!! Supaya orang senang dengan kita dan kita mudah menyelesaikan masalah orang. Itu portfolio Papa Romeo (Saya di sini (^^)V). Assalamualaikum, Selamat datang, Terima kasih dan Datang Lagi pula kata-kata yang sinonim dengan portfolio Papa Tango. Kesian kaki mereka sakit berdiri lama-lama di setiap pintu masuk. Tak pe, kita sabar !!! Green V, Ikhlas Membantu !!! Bila kedengaran bahasa Cina yang tidak difahami Charlie Tango pula sentiasa bersedia sebagai penterjemah. Tidak kurang hebatnya Charlie-charlie yang diserbu ketika waktu check-in dan check-out. Ehm, lagi-lagi bila check-out untuk mendapatkan elaun. Komited sokmo !!! Sierra Delta pula tugasnya menyediakan segala kelengkapan seperti sajian contohnya. No Sierra Delta no food. Papa Lima pula berwibawa dalam hal logistik.

Sebelum memulakan tugas alunan Asmaul Husna didahulukan, diikuti Negaraku, ikrar Green V dan Hakka Green V @ lagu Green V dinyanyikan bersama-sama. Alhamdulillah jika keagungan Allah dijulang terlebih dahulu yang dibelakang atau menurutinya akan menjadi pertengahan dan pengakhiran yang baik. Begitu juga dengan niat kita sebelum melakukan sesuatu perkara. Mesti ikhlas kerana Allah. InsyaAllah, bagi yang faham, bekerja kerana Allah, bukannya mengharapkan elaun semata. Dipesan, dipesan & dipesan supaya menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan, saling menghormati, amat menitik beratkan hal solat walaupun sibuk bekerja dan setiap rangkuman sudutnya sepanjang program ini kami dilatih bersama penerapan nilai Islam. Siapa yang tidak tenang berada dalam biah solehah begini?

Banyak juga booth yang sempat disinggah kala waktu terluang sedikit. Info dikutip terutamanya dalam penjagaan makanan. Booth agensi kerajaan dan NGO juga sempat dilawati. Sangat tertarik dengan booth Dinar dan Dirham. Ada impian memilikinya. Alhamdulillah 1 Dirham sudah dimiliki. Bukan nak perasan. Hehe. Cuma nak cabar bagi yang masih belum memiliki. Untuk masa depan. Dinar? Tunggu mampu ^^.


Cantik bekas ni, saya dan sahabat dapatkannya free (^_^)V

Dinar & Dirham. Impian memiliki.

Persembahan pentas memang sinonim dengan Papa Romeo kumpulan 1 dan 2. Tertawan dengan gelagat Chef Sabri. Makanan & Islam. Sepanjang 4 hari terawal, Chef Sabri banyak mengajar tips-tips untuk menyedapkan makanan. Katanya, makanan bukan hanya sedap kerana bahan-bahannya, tapi keikhlasan diri tukang masak dan bacaan doa serta ayat-ayat Al-Quran yang menambahkan perisa supaya makanan jadi sedap !!! Terbaik la !!!

Kumpulan nasyid UNIC juga tampil juga di KELCHEFF menyampaikan hiburan mendidik jiwa disamping dikir nasihat, persembahan silat mata, forum bersama Ust Ubaidillah berkisar tentang Puteri Hang Li Po ( remaja & cinta ;| …cewah..beserta 2 puppet yang comel, sape2 ade gambar puppet ni bagi saye taw!) dan lain-lain lagi sepanjang 10 malam program berlangsung.

Sahabat dari jauh datang semata untuk KELCHEFF bersama Chef Sabri
(walaupun sweater akak hilang, akak tetap hepi kan dapat banyak ilmu?)

Ukiran ais Chef Sabri

Persembahan kumpulan nasyid UNIC

Bukan sepanjang masa berada di sekitar pentas, kadang-kadang terpanggil juga ke gerai International Food membantu uncle, auntie dan anaknya dari Xinjiang, China. Gerai mee tarik, sate kambing dan roti nan. Mak Cik Xinjiang yang gagah menguli tepung roti nan. Bau kambing. Gaya uncle Xinjiang menarik mee. (kalo sape ade video mee tarik di KELCHEFF, saya nak!) Pengalaman berada di gerai yang akan menjadi nostalgik walaupun singkat. Walaupun susah berkomunikasi dengan bahasa berbeza, namun, body language membantu kami. Uncle dari Xinjiang turut belajar mengira satu dua tiga dalam bahasa Kelantan “So, duo, tigo”. Comel dengar dia sebut. Lupa nak rakam suaranya. Huhu. Seronok juga melihat muslim dari China ini bila mereka menyebut “Assalamualaikum”, “Alhamdulillah”, “Allahuakbar” dan lain-lain. Seronok bila melihat kelainan. Variety is everywhere and Islam is happen in everywhere. (^^)V. Allah menciptakan kita daripada bangsa dan budaya berbeza supaya kita saling mengenali justeru menghayati keagungan ciptaanNya.

Auntie dari Xinjiang dan roti Nan

Kak ira ikhlas membantu uncle dan auntie dari Xinjiang

Lai lai...sate kambing...sate kambing
(sedap, dapat makan free, upah cucuk sate ^^)

Seni kaligrafi made from China
(maaf kak, tertangkap gambar akak kt depan tu, akak jd promoter ek?)

Jed

Kain jenis cotton

Pelbagai aksesori China

Dalam masa yang singkat dapat juga menjalin persahabatan daripada semangat kerjasama “ikhlas membantu”. Semoga ukhuwwah berkekalan hingga akhirnya. Harapan berjumpa lagi dengan antum semua di lain masa dan ketika. Maaf dipinta jika diri mencipta kekurangan.

Senyum sokmo.




Ikhlas dari hati~Wan Nornajwa G1 Papa Romeo


Wassalam.

Tuesday, July 12, 2011

Kesan Penyakit Melalui Tangan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua. Diharapnya semuanya sihat wala'fiat dalam lindungan Allah SWT. Walaupun kadang-kadang ada antara kita mempunyai masalah kesihatan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada kekurangan. Sakit itu kadang-kadang datang dan pergi sebagai tanda peringatan Allah kerana kita semakin jauh daripadaNya atau sakit itu datang sebagai kafarah dosa selama kita hidup. Tapi, yang pasti, sakit itu sebenarnya merupakan "kemanisan" yang Allah berikan tanda kasih sayangNya kepada kita. =)

Sudah menjadi tabiat rasanya dalam satu hari jari-jemari menekan-nekan butang keyboard menyusuri dunia tanpa sempadan. Tecengang seketika. Terjumpa kaedah diagnosis penyakit menggunakan tapak tangan oleh HPA.(Klik). Menarik. Terdetik di hati, ingin kongsi !!! Apalagi, mari kita lihat dan amati dengan baik. ^^


Saraf

Tanda – Tapak Tangan Berlopak
Simtom – Sakit Belikat, Sakit Tulang Belakang, Kebas Dan Lenguh, Mudah ke Saraf Lumpuh, Lemah Tenaga (Lelaki), Rahim (Wanita)
Punca – Stress, Berkait Dengan Imuniti, Kemalangan
Herba – Madu Asli, Teh Herba, Minyak But But, Roselle, Mengkudu


Jari Kelingking Mewakili Rahim Wanita

Tanda – Jari Kelingking Meruncing, Membengkok
Simptom – Haid Tak Teratur, Senggugut, Keputihan,Peranakan Jatuh
Punca – Sembelit Yang Teruk, Tulang Belakang, Stress, Keputihan, Senggugut
Herba – Paramaria, Senggugut, Teh Herba, Roselle, Keputihan, Omega 3, D’Deu, Herba Tuju Angin


Hormon Tidak Seimbang

Tanda – Bulan Sabit Terbalik pada Kuku Jari selain daripada Ibu Jari
Simptom – Mudah Marah, Mudah Sedih, Kemurungan Yang Mendalam, Perasaan Rendah Diri
Punca – Faktor Keturunan, Pendedahan Berlebihan Kepada Medan Elektromagnet, Faktor Suhu Tubuh Yang Tidak Seimbang, Tidur Yang Tidak Berkualiti, Tekanan Berterusan
Herba – Paramaria, Radix, Senggugut, Sprirulina, Teh Herba, D’Karm, D’Deu, Lady Cheer, Keputihan


Diabete Militus (DM) / Gula Dalam Darah

Tanda – Di Pangkal Kuku Berwarna Gelap
Simptom – Mudah Letih, Sering Dahaga & Lapar, Penglihatan Kabur, Banyak Makan tetapi Berat Badan Menurun, Mudah Berbisul tapi Lambat Sembuh, Kerap Kencing dan Dihurungi Semut
Punca – Gula Berlebihan, Sembelit
Herba – Kopi Radix, Plantisol, Herba Rebusan Kencing Manis, Teh Herba


Tanda-tanda ada kelemahan pada Paru-Paru, Resdung, Alergi, Asthma

Tanda – Urat Biru / Hijau
Simtom – Rambut Gugur, Buasir, Kulit Kepala Kering, Mata – Hidung Berair, Kerap Bersin, Gigi Berdarah, Mudah Letih, Keputihan, Cepat Penat, Hidung Kurang Deria Ciuman, Sering Bermukosa
Punca – Paru-Paru Bermasalah, Sistem Pencernaan, Masalah Darah
Herba – Coscinium, D’Deu, D’Det, Roselle, Morin-A, Spirulina, Madu Asli, Teh Herba

Tanda-tanda Gastrik

Tanda – Urat Biru / Hijau Di Tepi Perut Ibu Jari
Simptom – Cepat Letih, Mudah Lapar, Sakit di Ulu Hati
Punca – Makan Tidak Menentu, Makanan Pedas
Herba – D’Karm, Tuju Angin, Madu Asli, Kopi Radix (Herba Diambil Selepas Makan)

Semoga Bermanfaat.


Firman Allah :

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. (Surah Ibrahim, ayat 34)



.Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.

.Sihat sebelum sakit.

.Muda sebelum tua.

.Kaya sebelum miskin.

.Lapang sebelum sempit.

.Hidup sebelum mati.


Wassalam.

Friday, July 8, 2011

F . R . E . E . D . O . M




Gathered here with my family
My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, woman or man
We're here for the same reason,
we want to take back our land

Oh God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh NO
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, oh NO
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taken our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer,
we're almost there

Oh God, thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh NO
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, oh NO
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loudly demanding their right for freedom
This is it and we're not backing out
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh NO
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh NO
We know you're here with us




Penyanyi : Maher Zain

Wednesday, July 6, 2011

Kursus KELCHEFF Part 2 : Komunikasi


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua ^^,

Mulakan kebahagian hari ini dengan ucapan Alhamdulillah. Senyum. Cuba positifkan diri dan cuba bersabar jika ada masalah. InsyaAllah, bahagia selalu. Yang ada masalah tu, kalau tak menjadi, sebaiknya ambil wudu’ solat sunat dua rakaat, mengadulah dengan Allah. Terbukti jalan terbaik !

Bercakap tentang masalah, sudah tentu semua orang ada masalah. Tak kiralah masalah tersebut dalam kategori apa sekalipun contohnya dalam penjagaan kesihatan, self-confidence, softskills, tak tahu nak bahagikan masa lapang yang banyak terluang dan sebagainya. Kadang-kadang benda yang kecil pun kita pandang ianya sebagai masalah besar kerana kita lebih menuruti reaksi emosi tanpa mempedulikan akal untuk membuat sesuatu perkara. Jadi, langkah sepatutnya yang bagaimanakah sebaiknya yang kita perlu buat?

~ Allah menganugerahkan kita akal, janganlah biar sehingga ia di kawal nafsu ~

"Hawa nafsu membawa kesesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan.Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang."-HAMKA

(Status Facebook 6 Julai 2011)

Dari dulu sampai sekarang, softskills merupakan kemahiran yang sangat penting. Masalahnya datang apabila seseorang individu itu tidak mengetahui kemahiran-kemahiran asas di dalamnya dan tidak cuba mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Sesi kedua kursus KELCHEFF yang dihadiri kebanyakannya merangkumi pembelajaran tentang psikologi perhubungan pelanggan atau cara kita berkomunikasi dengan betul mengikut budaya dan adat masing-masing.

Pelbagai ilmu berguna dapat dikutip. Kami banyak belajar tentang ilmu baru, terutamanya tentang cara untuk berkomunikasi dengan warga asing atau tetamu asing yang bakal datang ke KELCHEFF. Nak belajar juga? Mari saya kongsikan serba sedikit ^^

Mungkin kaedah-kaedah ini kita boleh juga menggunakannya apabila bertemu dengan pelancong asing. Sudah tentu kita sebagai seorang muslim perlu menunjukkan peradaban yang sebaiknya terutamanya kepada non-muslim. Siapa tahu, mereka akan tertarik dengan agama Islam nanti. Walau bagaimanapun, hidayah tetap milik Allah. Hanya setkan dalam minda kita, Islam is “happening” in everywhere.

  • Senyum
  • Menyapa dengan sopan
  • Menggunakan bahasa yang senang difahami
  • Memberikan personal space terutamanya kepada warganegara Britain, Jepun dan China.
  • Menyebut nama pelawat dengan betul.
  • Menghulurkan kad kepada pelawat dengan menggunakan kedua belah tangan dan menyimpan kad yang diberikan oleh pelawat selepas mereka memberikan kad kepada kita.
  • Menunjukkan arah menggunakan ibu jari
  • Bercakap dengan speed perlahan dan jelas.
  • Tidak membuat mimik muka sekiranya tidak faham bahasa pelawat.
  • Memperkenalkan diri dengan budaya berbeza.
  • Memanggil dengan nama panggilan yang betul seperti Datin dll.
  • Menjaga eye-contact.
  • Menerima undangan secara spontan.
  • Memulakan perbualan.
  • Komunikasi non-verbal.
  • Beretika ketika mengahadapi media.
  • Diam apabila pelanggan atau pelawat bercakap.
  • Apabila diajak berbincang, semua mesti terlibat.
  • Dan banyak lagi...

Keboringan yang menyapa kami sewaktu hari kedua kursus diselangi dengan persembahan nasyid oleh sukarelawan senior dengan dendangan lagu Nur Muhammad. Pembentangan tentang psikologi perhubungan pelanggan oleh En Husnal tidak berterusan tanpa henti. Ada masa kami dipecahkan kepada kumpulan supaya fikiran kami aktif berfikir dan sama-sama mempraktikkan apa yang dipelajari sebelum membuat persembahan di pentas Balai Islam.

Minit-minit terakhir kursus memaksa kami bergerak ke dalam portfolio masing-masing. Alhamdulillah diletakkan dalam portfolio Papa Romeo (Public relation). Harapan di hati wujud selepas balik daripada kursus, semoga tiada penyingkiran yang dilakukan. Berdebar hati sedikit sewaktu hari kedua ini dek kekhilafan diri. Moga Allah memberikan yang terbaik nanti.

i left this at home...huhu...


Antara portfolio sukarelawan yang lain adalah :


· Papa Tango - Penyambut tetamu

· Siera Delta – Pengurusan perkhidmatan layanan

· Papa Lima – Pengangkutan logistik

· Charlie Tango – Chinese volunteer

· Kilo Lima – Keselamatan & logistik

· Kilo-kilo – kebajikan & kesihatan


Moga visi dan misi tercapai, insyaAllah


Wassalam.


Jika Allah izinkan jodoh saya dengan KELCHEFF, ada lagi entri KELCHEFF Part 3. Saya minta dengan Allah dan doakan saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...