Sunday, July 3, 2011

Kursus KELCHEFF Part 1 : Makanan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk berkongsi rasa. Pejam celik, tidur bangun, ke sana ke mari, kita juga sudah sampai ke bulan baru dalam Islam. 1 syaaban sudah hari ini.


Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Tahukah kamu sekelian, mengapa dinamakan bulan Syaaban? Maka umatnya menjawab: Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui.”

Baginda meneruskan sabdanya: “Kerana di dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Alhamdulillah dapat mengisi penghujung Rejab dengan aktiviti berfaedah. Alhamdulillah juga kerana dipilih untuk menyertai kursus namun, masih belum pasti lagi samada diri dipilih atau tidak dipilih untuk menjadi sukarelawan Kelantan Cheng Ho International Food Festival (KELCHEFF). Alhamdulillah banyak ilmu yang diperoleh, dari mulanya program hinggalah kursus tamat. Alhamdulillah J

Makanan dan kita. Memang tak dapat dipisahkan. Persoalannya di sini, kita makan untuk hidup atau kita hidup untuk makan? J

Makan juga sebenarnya adalah ibadah. Tanpa makan, manusia tidak dapat hidup dengan baik kerana dengan makan, manusia memperoleh segalam macam nutrient yang diperlukan oleh badan. Selain itu, tanpa nutrient, badan manusia juga akan menjadi lemah dan turut menjadi asbab ibadah tidak khusyuk.

YB Husam Musa sewaktu menyampaikan ucapan perasmian program telah menerangkan khasiat kurma (Phonex dactylifera). Kisah ini berkait rapat dengan peristiwa Siti Mariam dan anaknya nabi Isa. Rujuk Surah Maryam ayat 25. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s, Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar yang masak dan Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar atau kurma, tanpa tumbuhan herba yang lain.

Ayat tersebut (Surah Maryam ayat 25) menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling baik membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling senang diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dalam badan dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak. Jadi? Makanlah kurma dan makanan yang tebukti jelas khasiatnya dalam Al-quran. ^^

Masa kursus selepas sembahyang jumaat diisi pula dengan ucapan dan nasihat Puan Siti yang terkenal dengan kegiatan aktifnya bersukarelawan. Beliau pernah menyertai misi keamanan Malaysia di luar negara. Saya ringkaskan. Antara ayat-ayat power yang diberikan sehingga menyentuh hati sukarelawan adalah :


· Carry a heart that never hate

· Carry a smile that never fade

· Carry a touch that never hurt


Jika anda dalami satu persatu 3 frasa ayat di atas, Subhanallah. Memang menyentuh hati. Saya ringkaskan dengan kata hati saya. Jika ingin membantu diri, keluarga, sahabat, masyarakat, memartabatkan negeri, menjulang negara ke persada redha Allah dan yang sewaktu dengannya, yang paling penting, hati kita mesti bersih. Ikhlas. Niat juga penting. Buat sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah. Barulah pihak yang menerima apa yang kita hulurkan turut merasakan auranya. Kerana apa? Kerana hati kita tiada sengketa, senyuman menampakkan kita positif dan impaknya, pihak yang menerima turut merasakan keadaan positif. ^^

Smiles

satisfaction.

making friends.

inner strength.

lots of love.

experience.

skill.


Wassalam.

Sambungan Papa Romeo, Papa Tango, Sierra Delta, Papa Lima, Charlie Tango, Kilo Lima, Kilo-kilo dll di Kursus KELCHEFF Part 2.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...