Bismillahirrahmanirrahim
Jendela dibiarkan terbuka supaya hangat suasana diganti dengan sang bayu malam. Tiba-tiba dengusan angin yang deras menerpa adinda bagaikan ingin membunuhnya. Dilihatnya pada ketika itu ribut kencang, kuatnya dapat dirasakan. Lahir ketakutan dalam diri. Ada perasaan gementar dan gelisah bersamanya waktu itu. Lemas dan cemas. Dirinya tidak tahu kondisi apakah yang berlaku terhadapnya. Hanya dirinya yang sedar ribut yang menerpa. Rakan serumah lain hanyut dibuai lena tidur. Matanya tidak dapat lelap memikirkan timbunan kerja untuk disiapkan dan dihantar kepada pensyarah. Gelisah lagi.
Telefon bimbit dicapai, kepada bonda dia mengadu. Waktu itu kata bonda, sudah jam 4 pagi.
(Perbualan diringkaskan)
“ Mak, Ammar rasa berdebar. Gelisah. Takut. Semuanya bercampur baur. Banyak dosakah?’’ dialog Ammar yang diberitahu oleh bonda.
“Kenapa rasa begitu? Sebelum ni? ’’ bonda.
“Serabut fikir banyak kerja. Macam-macam datang dalam fikiran. Tak dapat tidur dengan lena” sambungnya lagi.
“Tak siap tugasan yang pensyarah berikankah? Ammar jangan fikir sangatlah dosa tu. Allah Maha Pengampun. Buat kerja slow-slow. Kalau tak boleh terus, stop dulu, kemudian ambil wudhu’ solat sunat dua rakaat minta dengan Allah supaya dipermudahkan segala urusan’’ nasihat bonda kedengaran di telinga dan terus mengejutkan saya dari lena.
“Mak cakap dengan Amilinkah? membuat anggapan dalam hati bonda bercakap telefon dengan adinda yang berada di UIA.
“ Dah mula tensionkah?” getus hati.
Azan subuh kedengaran. Selepas subuh, menanya bonda “siapa telefon mak pagi-pagi tadi?”
“Ammar” jawab bonda.
“Ammar? Aik, awalnya dia bangun” saya tersengeh. Jarang dia begitu.
“Pelik suaranya tadi. Asyik bercakap pasal dosa dan menunjukkan diri bersalah. Dirinya resah gelisah. Serabut dengan kerja juga katanya” bonda bercerita.
Saya tidak dapat memberikan konklusi waktu itu. Anggapan diri ini, mungkin dirinya tension.
Lebih kurang jam 9 pagi, kelihatan bonda bersungguh bercakap menerusi telefon bimbit. Memang bonda seorang yang bersemangat. Terdetik juga di hati ingin bertanya “dengan siapakah mak cakap?”. Keadaan serius begitu tidak boleh diganggu. Biasanya bila wujud perasaan ingin tahu seperti itu, hanya kening saya mengangkat, bonda jawab dengan menunjukkan reaksi mulut. Tapi kali ini, hanya kerutan wajah mampu saya lemparkan.
Usai menelefon bonda memberitahu “Ammar rasa takut long”.
Rasa tidak sedap hati tiba-tiba menerpa. “kenapa pelik ni?” hati berkata.
Sewaktu bonda membasuh pinggan, titisan air mata bonda keluar. Hati ini terkesan. Rasa bimbangnya seorang ibu. Ibu manakah yang tidak faham perasaan anaknya sendiri?
Lebih kurang jam 3 petang, kelihatan bonda bercakap menerusi telefon lagi. Kali ni mimik muka bonda kelihatan lagi serius. Sudah dapat di agak bonda bercakap dengan Ammar. Ammar meminta dengan bonda semua nombor telefon yang masih belum disimpan dalam telefonnya termasuk nombor telefon nenek yang berada di Pasir Mas. Ingin meminta maaf dengan semua katanya.
Lagi berdetik hati ini. Pelbagai persoalan timbul. Apa khabar adikku di sana?
Ayah bertanya tentang Ammar. Menyuruhku pula menelefon memberikan kata-kata semangat.
“Assalamualaikum. Duk wak gapo? ” saya mulakan bicara dalam bahasa Kelantan.
“Waalaikumussalam. Nok tido, tapi tok leh terlelap sejak semalam lagi” balasnya.
“Mu stress ngaji ko? Wat slow-slow. InsyaAllah buleh”
“Aku kenaling (berdebar bercampur takut). Serabut mikir ko assignment. Tok pernah lagi raso gini”.
“ Allah nok uji mu tu. Ikut wat mok pesan pagi tadi. Kalu tok tahan sangat balik dulu”.
Memilih untuk pulang. Membuatkan hati-hati yang berada di rumah lega. Namun menanyakan khabarnya di setiap masa melalui mesej. Selepas maghrib, bertanya “lega dah?”
“Lega dah. Tapi lemah semangat sikit”.
“Try ngaji Al-Quran” ringkas.
Jam 10 malam, dia menaiki bas untuk pulang dan kedengaran muzik lagu freedom oleh maher Zain dari Sony Ericssonku. Mesej dari Ammar. Tergamam selepas membacanya.
Ayatnya berbunyi “Long, aku loni terharu tinggal Al-Quran…bukan sebab lain”. Bagaikan tidak percaya menerpa. Ya Allah…
“ Aku raso nok gi belajar pondok” satu teks mesej lagi masuk.
Lantas saya tunjukkan mesej kepada bonda. Terkejut. Kami diam. Adakah ini yang dinamakan hidayah Allah? Subhanallah…
“ Buleh jah, blaja prabih dulu…slow-slow, nok berubah sikit-sikit dulu, xboleh secara tiba-tiba” saya dan bonda sependapat dia menghabiskan pelajarannya November ini. Hanya tinggal 3 bulan lagi. Pada kami, pengajian pondok boleh didaftarkan pada bila-bila masa. Habiskan perjuangan yang berbaki sedikit lagi. “Oks senafas” kata orang Kelantan.
Berkumpul saya, bonda, ayahanda dan Ammar di ruang tamu selepas subuh. Musyawaroh. Menasihati dan memberikan kata-kata semangat adalah terbaik. Layan dengan tutur kata yang lembut. Bonda menyuruhnya balik setiap hujung minggu. Ayahanda mengusulkan “perlukan laptop?”. Mungkin waktu itu sudah ada sedikit lega menerpa. Sepanjang dua hari di rumah, nasihat bonda menjadi penawar hatinya. Tingkahnya lain. Terharu melihat Wan Ammar membaca Al-Quran. Dia mengaku tenang bila membacanya. Pulang sudah dia ke Pulau Pinang jam 10 malam tadi. Allahuakbar !!!
Untukmu adinda Ammar :
Inilah sentuhan rasa yang Allah berikan tanda kasih sayangNya Dia kepada kita. Allah tidak pernah lari dan melupakan kita. Jangan pernah putus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah itu luas. Allah juga Maha Pengampun. Buat yang terbaik untuk semua. Mak. Ayah. Adik-adik. Kak long. & semua disekeliling. Bila susah dalam study atau lain-lain hal, mintalah pertolongan dari Allah. Moga berkat mengiringi. Gud luck !!! All da best !!! Bawa semangat baru!!! Semangat seorang islam !!! Moga Hidayah di Ramadan untuk Ammar turut terkena tempiasnya kepada orang lain.
Ikhlas dari ~ Kak Long.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Moga beroleh iktibar.
Al-Quran penyuluh hidup!
(bila jadi macam nie, kita start to appreciate family kita-Wan Haninah)
Terima kasih Ya Allah !!!
Bawalah hati-hati kami supaya sentiasa bersamaMu.
~Salam Ramadhan Al-Mubarak. Maaf dipinta jika ada khilaf~
Wassalam.
Subhanallah...Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..Dia memberi kepada sesiapa yg Ia kehendaki..Buat Ammar..hargailah apa yg Allah tetapkan untuk kita...pegang betul2 kerana hidayah Allah itu lebih berharga dari bumi dan segala isinya...Sebak dada che ni membaca coretan ini....Moga Ammar terus dibawah lindungan kasih Allah lebih2 lagi di bulan yg penuh barakah ini..Pupuk iman...cintai Islam..
ReplyDeletenama abang saya juga Ammar..
ReplyDeleteAllah Maha Berkuasa..
Dia menurunkan hidayah kepda sesiapa yang dikehendakinya..
Alhamdulillah..