Wednesday, December 4, 2013

Bola Sepak (Tugasan Blog SIW505)

Bola Sepak (Tugasan Blog SIW505)

Oleh : Wan Nornajwa Binti Wan Othman
ISDEV, USM
PSM0114/13


Artikel ini ditulis bagi memenuhi tugasan artikel blog mata pelajaran SIW505 (Epistemologi dan Tasawur Islam) ISDEV, USM. Struktur artikel ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pengenalan, isi kandungan dan kesimpulan. Keseluruhan artikel ini akan memaparkan tiga isi kandungan epistemologi yang kemudiannya dihujahi dengan tasawur Islam pada setiap bahagian yang dapat digarap dalam permainan bola sepak.

Pendahuluan

Bola Sepak merupakan permainan yang sangat sinonim dengan budaya masyarakat Melayu. Berdasarkan catatan sejarah, permainan ini mula dimainkan di Malaysia sebelum tahun 1920­an lagi. Ianya dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh pegawai­-pegawai British yang bertugas di sini. Aura obses terhadap bola sepak bukan hanya menular dalam setiap lapisan masyarakat di Malaysia, malah seantero dunia. Sehubungan itu, satu cetusan idea timbul untuk melihat aura kehebatan permainan ini dalam kehidupan masyarakat Melayu beragama Islam khususnya. Mungkin sekilas pandang bagi kita, bola sepak hanyalah sebuah permainan. Namun, terdapat kemurniaan ajaran Islam yang dapat dilihat dalam permainan ini.

Isi Kandungan

Terdapat frasa-frasa yang bernilai menggambarkan permainan ini. Antaranya adalah setiakawan, keadilan dan disiplin.

i)                   Setiakawan

Antara faktor keunggulan gol sesebuah pasukan dalam sesebuah permainan bola sepak adalah  semangat sepasukan yang utuh. Kerjasama antara pemain dalam satu pasukan dapat menyeragamkan permainan seperti wujud ikatan-ikatan yang boleh meluncurkan bola masuk ke dalam gol walaupun pada hakikatnya, kadang-kadang percubaannya tidak menjadi. Keseragaman permainan pemain dalam pasukan melambangkan kesatuan, gol yang dijaringkan pula merupakan matlamat.

Dari sudut pandangan Islam, matlamat manusia dalam kehidupan adalah Allah SWT. Fitrah manusia lahir untuk mencari ruh rabbaniyyah untuk diletakkan dalam diri, diserap dalam jiwa kehambaan. Menurut pandangan M. Natsir, bekas ulama dan pemerintah Indonesia, tujuan hakiki kehidupan manusia adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Keredhaan Allah tersebut memungkinkan kita mencapai kehidupan sebenar dalam mengejar kualiti kehidupan seorang manusia. Namun bukan kebendaan yang menjadi sasarannya, sasarannya ialah kehidupan ukhrawi yang mana puncak kebahagiannya adalah bertemu dengan Al-Khaliq Azza Wajalla.  

Begitu juga konsep kesatuan yang melambangkan ukhuwwah. Bahkan definisi ukhuwwah ini melangkaui definisi setiakawan itu sendiri. Tanpa ukhuwwah, seseorang akan lambat untuk bergerak mencapai matlamat kerana ruang lingkupnya hanya manifestasi hubungannya dengan Allah SWT semata-mata tanpa wujudnya hubungan manusia dengan manusia. Manusia diwajibkan untuk bersama-sama dalam sebuah jamaah untuk mencapai matlamat utama. Namun, sesebuah jamaah sukar untuk mencapai matlamat utama sekiranya strategi dan keadaan dalam jamaah itu tidak tersusun rapi.

Firman Allah SWT yang membawa maksud :

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.” [Surah Al-Imran : 103].

Menurut Ibn Jauzi, maksud “tali Allah” merujuk kepada Kitab Allah (Al-Quran), jemaah, agama Allah, perjanjian Allah, ikhlas, serta perintah Allah dan ketaatannya.

ii)                Keadilan

Keadilan dalam bola sepak boleh dilihat pada pengadil yang mengadili permainan. Ada ketika permainan bola sepak berat sebelah, sehinggakan ada pemain yang tidak bersalah dilayangkan kad merah dan kuning, petanda amaran kepada pemain supaya tidak melakukan kesalahan yang berulang. Tujuannya adalah untuk memenangkan pihak yang lain.

Tasawur Islam mendapati, masyarakat dibutakan dengan suasana yang mana zahirnya itu kadang-kadang merupakan satu penipuan besar yang sangat terselindung. Keadilan dalam kehidupan seperti dirosakkan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Benarlah disebut dalam Al-Quran, hidup ini adalah permainan dan senda gurauan. Bukan mudah untuk meletakkan keadilan di tempat yang sebenar. Tanpa sedar, setiap manusia keseluruhannya boleh digelar zalim kerana definisi zalim itu sendiri membawa maksud tidak meletakkan sesuatu di tempatnya. Keadilan dalam Islam memerlukan kepimpinan yang bertanggungjawab serta mempunyai kekuatan moral dan kejujuran yang tinggi, justeru memahami keadilan bermula daripada proses perlantikan sesuatu jawatan (Nor Hartini, t.t).

iii)              Disiplin

Dalam suasana permainan bola sepak, baik pemain mahupun penonton, disiplin mereka dapat ditanggapi. Secara keseluruhannya, disiplin pemain dan penyokong merupakan faktor penyumbang kejayaan pasukan pilihan. Permainan yang kemas dan teratur diiringi semangat daripada penyokong yang bersorak tanpa ada unsur-unsur provokasi kepada pihak lain menjadikan pasukan pilihan unggul berbanding pasukan yang lain. Unsur provokasi yang dimaksudkan di atas adalah sorakan sindiran kepada pihak lawan, membaling botol di padang serta memasang mercun ketika dan selepas perlawanan bola sepak. Oleh itu, disiplin di sini menggambarkan penjagaan hak diri dan orang lain.

Islam adalah agama yang mementingkan disiplin. Dalam setiap keadaan kita disuruh untuk mengikut peraturan yang telah disediakan supaya mudah untuk mecapai apa yang diinginkan. Tasawur Islam dalam permainan bola sepak melihat kewujudan penyokong bola sepak yang menitikberatkan penjagaan solat walaupun berada dalam keadaan genting. Tuntasnya, cukup untuk menggambarkan pegangan seseorang muslim apabila melihat dan menilai bagaimana seseorang itu menjaga, melaksanakan dan menghayati solatnya. Kaitan solat dan permainan bola sepak adalah faktor pertolongan Allah jua yang memberikan kemenangan kepada sesiapa atau pasukan mana yang dikehendakinya dengan melihat kembali penjagaan hak yang telah dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Petikan sepotong hadis dalam Hadis 40 Imam Nawawi :-

 Daripada Abu al-’Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudaratkan kamu dengan suatu mudarat, nescaya mereka tidak mampu memudaratkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran- lembaran telah kering (dakwatnya).[Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi]
Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa kesatuan, keadilan dan disiplin merupakan ibrah yang dapat dilihat dalam sebuah perlawanan bola sepak. Tidak semua yang wujud dalam rangkumannya adalah betul dan tidak semua juga adalah salah. Setiap penilaian yang ditafsir adalah berdasarkan pemikiran yang pelbagai. Sudah semestinya kita dikelilingi dengan pelbagai pemikiran yang perlu diraikan bersama. Akhir kalam, penilaian yang terbaik itu sudah semestinya berpaksikan rujukan pertama iaitu, Al-Quran dan Sunnah.
Glosari

Ukhrawi                              : Bersifat akhirat, menuju akhirat
Al-Khaliq                            : Yang Maha Mencipta
Azza wa Jalla                    : (Allah) Yang Mulia, Yang Memiliki Kebesaran
Ukhuwwah                        : Persaudaraan dalam Islam

Bibliografi

1            Mustafa Abdul Rahman, 2008. Hadis 40 Imam Nawawi (Terjemahan dan Syarahannya). Dewan Pustaka Fajar, Selangor.
2                          Abdul Malik AbdulKarim Abdullah. (1984). Tafsir Al-Azhar. Surabaya, Yayasan Latimojong.
3                         Thohir Luth, 1999. Dakwah dan Pemikirannya. Gema Insani Press, Jakarta.
Diakses dari http://ummatanwasatan.net/2011/11/surah-ali-imran-ayat-103-berpegang-teguh-pada-tali-allah/pada 13 November 2013.
Diakses dari http://fis.uii.ac.id/images/hukum-islam-2012-zakaria-korupsi-sepak-bola.pdf pada 13 November 2013.
Diakses dari http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7929-nilai-keadilan-dalam-pengurusan-organisasi pada 13 November 2013.


Friday, September 27, 2013

Pendatang Baru 13

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, sampai jua ke bumi Penang. Hampir sebulan sudah bertapa di sini. Allah mudahkan perjalanan, tempat tinggal, makan minum dan cukup keperluan. Nikmat sempurna Allah beri.

Ya Ghoni Ya Mughni.

Tadbir Allah jua meletakkan diri di tempat terbaik buat diri, ISDEV. Centre of biah solehah J Alhamdulillah, nampak cantik jalannya. Dari bumi subur MMP, tempat mengenal tarbiyyah, namun selepas itu diri pula tersilap langkah setahun. Perit. Terkapai-kapai dan dahaga pula selama 3 tahun. Namun, keadaan itulah yang Allah takdirkan diri membuat pilihan hari ini.

Alhamdulillah. Kini, Allah buka jalan. Pesan pada diri, tarbiyah itu selalunya pedih. Manisnya datang jika ada perlayaran iman yang sahih.


“Dalam jauh perjalanan Allah amanahkan sebuah perjuangan,

Terimalah dengan kekuatan,

Kadang ada dugaan yang mendatang,

Kadang ada teman tak sehaluan,

Kadang ada kejayaan gagal dicapai,

Namun itulah ujian dalam mencari IMAN.

Moga jelas FIKRAH di jiwa dalam PERJUANGAN ISLAM tercinta

Untuk merebut REDHA ALLAH jua...

Semoga Allah sentiasa memandu hatimu dan melapangkan hatimu jua”



Saturday, August 31, 2013

Merdeka!

In a world full of confusion
Where we walk with pain in our hearts
O Allah guide us to heaven and show us all the right path
We pray that He’ll forgive us and tears forever fall
Looking for a happy ever after when we are gone
I can be free nobody’s holding me
I’m on the road to be
Where Allah is pleased with me.
|Chorus|
We can be free
When we believe in
بالإيمان تصفو لنا الحياة
We can be free
When we believe in
نحيا في دنيانا بحب الله
Little children with smiles on their faces
Wake up each day by saying His name
O Allah show us your mercy and brighten all of our day’s
Your words were sent to release us
From the jaws of evil and hate
You’re the master of all existence you hold our fate.
I can be free nobody’s holding me
I’m on the road to be
Where Allah is pleased with me.
|Chorus|
We can be free
When we believe in
بالإيمان تصفو لنا الحياة
We can be free
When we believe in
نحيا في دنيانا بحب الله
|Pre and chorus|

________________

Believe ~ Saif Adam.
***
Nota : Apakah erti sebuah kemerdekaan buat diri kita? 
Merdeka7x !!! 


Salam Kemerdekaan ke-56.


Bebas. Tenang. Yakin dalam jagaan Allah :)

Wednesday, August 21, 2013

Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur

Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 13 Syawwal 1434H bersamaan 20 Ogos 2013M

***************************************************************************************

Nota kaki : Bring back the rise of Islam! Jika bukan mula pada kita, pada siapa lagi? Qunut Nazilah untuk untuk umat Islam serata dunia.

Monday, August 12, 2013

Janji Allah


Allah tak pernah janji, bila kita ada famili yang boleh dikatakan soleh,
kita selalu jumpa orang-orang soleh juga,
Allah tak pernah janji, orang yang dah dapat ijazah terus dapat kerja bagus,
Allah tak pernah janji, kerja siang malam, terus jadi kaya,
Allah tak pernah janji, walau dah usaha keras, akan dapat apa yang kita minta,
Allah tak pernah janji, bila kita suka, kita terus dapat,
bahkan ada macam-macam halangan pulak tu..

Tapi…

Sesungguhnya janji Allah itu pasti,
Siapa jaga solat, maka dialah orang yang BERJAYA.
Siapa jaga solat, maka Allah jauhkan dari kesempitan dunia.
Siapa jaga solat, Allah akan jauhkan dari seksa kubur.
Siapa jaga solat, Allah akan beri buku amal kita dengan tangan kanan.
Siapa jaga solat, dia akan lintas titian sirat sepantas kilat.
Siapa jaga solat, akan masuk syurga tanpa hisab.

Janji apakah yang lebih baik dari janji ini?
Manusia mudah lupa, janji kadang-kadang tak ditepati…

Nota buat diri :

Solat biar khusyuk,
Hati biar tawadhuk,
Moga Iman & Islam dipeluk,
Bukan menjadi manusia terkutuk.

Hadiahkah buku ni kat saya plez... ^^




Thursday, July 25, 2013

KOsOnG |O_0|

Terasa kosong,
kemalasan menerjah,
oh, inilah provokasi syaitan di persekitaran.
ada juga dia di Ramadhan?
Aik.

Kentalkan semangat,
teruskan larian,
bawa pengiring sepatutnya,
Solat yang khusyuk.
Al-Quran.
Zikrullah.
Tinggalkan lagho. lagho. lagho.

~~~~~~

Ya Allah, jagalah aku.

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan tiba, ramadhan tiba....


“Menahan dari makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hinggalah terbenamnya fajar siddiq”

Inilah erti puasa.


Bila tempuhinya…bukan hanya pada definisi, tapi erti besar buat diri...


Penat, kena tahan.

Marah, kena sabar.

Jarang bangun qiam, kena hari-hari bangun..

Baca Quran sikit-sikit, kena ganda baca..tadarus, tadabbur..

Kurang buat yang sunat, sempurnakan ia selepas yang wajib..

Banyak cakap, cakap yang perlu lebih baik..


KURANGKAN KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI !!!



Monday, July 1, 2013

Padang Bola



Bagi saya, padang bola dan kehidupan kita mempunyai banyak persamaan. Suka untuk saya analogikan padang bola itu sebagai pentas kita beraksi di dunia. Pemain-pemainnya yang mempunyai  peranannya yang tersendiri seperti setiap manusia yang punyai tanggungjawab yang berbeza. Namun, tanggungjawab dan matlamat itu hanya satu, untuk menjaringkan gol. Bagi setiap khalifah manusia pula, matlamatnya....Allah. Tidak ada istilah kona, olek dan sebagainya dalam diri khalifah.

"Aku belajar, aku bekerja, aku bermusafir, aku makan, aku minum, aku membantu, aku menutup aurat, aku bersahabat, aku bercinta (no couple before akad), aku berkahwin, dan segala yang bersangkut paut dengan diri seorang "aku", aqidahnya wajib, kerana Allah.


Nota untuk diri : Sejauh manakah penghayatan diri pada ayat inna solati, wanusuki, wamahyaya, wamamati, lillahirabbil a'lamin? (sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam).

Sunday, June 30, 2013

Bekeng



Bekeng sinonimnya garang, marah.
Adakalanya kita terlajak,  bertindak melangkaui emosi, hilang kawalan…
Hanya mulanya baraan dalam hati..
lantas, perangai mendekat seperti syaitan,
nauzubillah.
Baginda Nabi Muhammad SAW tidak begitu :)

” La taghdob
La taghdob
La taghdob ”

Baginda SAW mengulang’nya’ 3 kali tanda penegasan.

Imam Bukhari meriwayatkan, Abu Hurairah menceritakan bahawa seorang lelaki datang meminta nasihat daripada Rasulullah s.a.w, baginda menjawab “ Jangan marah”. Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w menjawab “Jangan marah”. Soalan diulang lagi beberapa kali, lantas baginda mengulang juga jawapan yang sama. (no 6116). Di dalam riwayat Imam Tarmizi, lelaki itu berkata “Wahai Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan janganlah terlalu banyak, moga aku senang memahaminya”.(no 1943) Lantas baginda menjawab “Jangan marah”.

~~~

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah telah bersabda: ” Bukanlah orang yang kuat itu orang yang selalu menumpaskan orang lain, sesungguhnya orang yang kuat itu adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).


Orang yang jiwanya bersih tidak akan marah melulu kecuali kepada kemungkaran.

Gunakan akal pertimbangan dengan sebaiknya.

Beku

Bismillahirrahmanirrahim




Beku.



Bukan jari tidak mahu menari di langkahan ini,

cuma tariannya beralih ke medium teknologi yang lebih pesat,

insyaAllah kita perlu bertatih ke langkahan baru.



u . z . l . a . h
&
k . e . m . b . a . l . i . l . a . h



mendekatlah kepada TuhanMu,

bukan kepada manusia petualang undang-undang dunia !

bukan juga persekitaran hipokrit !

Kembalilah kepada TuhanMu.

***

" Ya Muqollibal qulub, tsabbit qalbi a'la dinik waa'la thoatik "

Sunday, May 26, 2013

Seni Dari Hati (2)

Organisasi burung di udara. Ada juga yang mengepalai penerbangan :)
Khalifatullah bagi manusia.

Tadabbur alam hampir maghrib,
26 Jun 2013, Rabu.
Di beranda rumah oren.
Usai peristiwa jerebu.

Saturday, February 2, 2013

Sedekah Balqis


                                                               Bismillahirrahmanirrahim


Al-kisah pulang dari majlis ilmu. Si Kakak, adik dan emak.  Mereka rempit dengan motosikal yang berasingan. Mak meluncur di depan. Si 9 tahun Balqis membonceng bersama kakaknya. Si kakak dapat merasakan si adik riang ria ketika itu. “Mungkin terkena angin bahagia sawah padi budak ni “ agak si kakak.

Tiba-tiba si adik berkata-kata “Kak Long, adik rasa syukur sangat hari ni” si kakak dapat membayangkan muka adik yang seronok walaupun si adik membonceng di belakang.

“Kenapa?” Tanya kakak.

“Emm. Tadi masa dekat masjid, adik lapar kan. Pastu Kak long bg rm5 dekat adik suruh adik duk diam” si adik memulakan bicara. “Selepas habis majlis, kan adik cakap adik nak letak rm5 dalam tabung masjid. Sebab, mase tu adik dah kenyang makan mihun. Adik tak sangka Allah balas kejap je sedekah adik. Alhamdulillah gembiranya adik!!!”

Adik menyambung cerita “Sebelum balik Mak cik Pah bagi kat adik rm2,  pastu nenek comel tu bagi rm3 kat adik. Adik dapat rm5 balik!!! Bahkan Allah bagi lebih lagi, Pak Him bagi air kotak anggur kat adik. Alhamdulillah….”

“Aah la…” kata si kakak sambil tersenyum, lantas berfikir dan berkata dalam hati “hmm, tak selalu pernah terfikir nak sedekahkan apa yang kita ada padahal apa yang kita ada tu kadang-kadang sudah melebihi apa yang kita perlukan.

Moral : Ayuh, tingkatkan amalan sedekah. Tak kira sedekah tu dari segi wang ringgit, tenaga, idea dan lain-lain. Lebih-lebih lagi jika sedekah itu diniatkan untuk membantu dalam kebangkitan Islam, sudah pasti Allah SWT akan memberikan pahala setimpal kepada orang-orang yang bersedekah. Yang pentingnya, sedekah mesti ikhlas kerana…….Allah.

Senyum pun sedekah taw!!!


Wallahua’llam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...