Thursday, December 16, 2010

Ada Rahsia di Sebaliknya


Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum dan Salam 10 Muharam 1432H…


Sihatkah jasmani dan rohani anda? Cukupkah solat anda semalam? Anda yakin anda khusyuk?

Jawapan : sihat la, pegi jogging atas katil pagi tadi. Cukup je solat..ala, dah "kebiasaan" kan. Khusyuk? Khusyuk kot, sbb sy xpasang tv @ radio pun time solat (hakikatnya dan kebiasaannya, benda kita yang hilang akan ternampak dalam solat dan terbayang macam2…kan kan?) ~ terpesong…masyaAllah..

Erk…

"Muslim cemerlang" hari ini la katakan. Kerana apa ya kita jadi begitu?



Bolehkan anda menjawab dengan jujur sekiranya diajukan soalan kepada anda bahawa rajinkah dan sukakah anda melakukan solat? Saya yakin 100% hanya segelintir sahaja yang akan menjawab, saya tenang jika saya solat kerana hanya dengan cara itulah saya dapat berkomunikasi dan taqarub illallah (mendekatkan diri kepada Allah).Tidak mahu menyalahkan sesiapa, kerana kita hanyalah insan yang selalu leka dan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan laknatullah. Untuk melawan fight daripada makhluk syaitan itu, apa kata kita study tentang rahsia solat dulu sebelum kita aja-aja fighting untuk melakukan solat dengan penuh khusyuk dan melakukannya semata-mata kerana Allah. Moga kita sama-sama beroleh ibrah. JOM!!!




Solat. Sembah Yang Esa. (Saya lebih memilih untuk menggantikan perkataan sembahyang dengan Sembah Yang Esa krn agama lain juga mempunyai upacara ibadah yang dipanggil sembahyang, maka eloklah kita menspesifikasikan ibadah kita dengan agama yang lain agar tidak merujuk kepada agama bukan muslim ).Kita mungkin tidak sedar bahawa ada hikmah di sebalik setiap pergerakan solat (13 rukun) bemulalah dengan niat sehinggan rukun ke 13 iaitu, tertib.





cuba kita teliti rahsia disebaliknya....



1 - Niat Sembahyang : Memelihara taubat kita di dunia dan akhirat.


2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, meluaskan tempat kita berdiri di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.


7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar.


10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Mungkar & Nakir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.



(Iklan islamik jap : Senarai 13 rukun solat juga adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " and "13th Ghost")



karikatur tentang Friday The 13th

waa...seram ooo...mcm karakter cell dalam dragon ball tu kan?


Baru kita sedar kan?

Sebenarnya solat itu sendiri merupakan perjalanan kita untuk bertemu Allah. Jika kita malas untuk solat maknanya, kita enggak mahu memulakan perjalanan kita untuk bertemu Allah. Jadi, fikir-fikirkan untuk diri dan semua yang membaca, kita diciptakan di bumi ini untuk apa ya?Ulang skali lagi…Kita diciptakan untuk apa?Untuk apa?


Firman Allah Taala :

Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku" (Az-Zariyat:56)


Jika merasakan diri bergelar manusia, mengapa tidak kita melakukannya? Tepuk dada...jawab sendiri…(padan muka!)


Lagi,


Firman Allah :

"Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar" (Al-Ankabut :45)

Moga post saya kali ini memberi manfaat untuk kita semua.Asifni jiddan andai ada tersilap kata terkasar bahasa.Apa yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu kelemahan ana sendiri.Moga sama-sama dapat mengubah diri.InsyaAllah next post, we discuss about fadhilat solat berjemaah menurut perspektif sains pula.tata.solat ye jangan tak solat! J

Wallahua'llam.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...